datuk pandelela

Datuk Pandelela: Gelaran Terkini Ratu Terjun Negara

Siapa yang tak kenal dengan atlet Olimpik negara, Pandelela Rinong yang juga merupakan ratu terjun negara buat masa ini. Beliau telah dianugerahkan dengan pangkat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Berusia 28 tahun, beliau yang pernah merangkul pingat perak dan gangsa sukan Olimipik merupakan antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

datuk pandelela

Untuk rekod, Datuk Pandelela memenangi pingat perak di Sukan Olimpik di Rio de Janerio 2016 bersama Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform berirama. 4 tahun sebelum itu, di Sukan Olimpik London 2012, atlet kelahiran Sarawak itu meraih gangsa dalam acara 10 meter platform individu sekaligus muncul atlet wanita pertama negara memenangi pingat di Sukan Olimpik.

Sementara itu, Datuk Pandelela turut memenangi pingat emas Piala Dunia Terjun FINA, Sukan Komanwel dan Sukan SEA.

Dengan anugerah ini, semangat dan motivasi Datuk Pandelela pastinya bertambah terutamanya menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

BACA: Bagaimana China Mampu Jadi Antara Negara Tertinggi Dalam ‘Ranking’ Olimpik

Sumber: Harian Metro