64622234-0C5D-4441-B438-287D0A2A0C06

‘Squid Game’ Bakal Dianjurkan Di Arab Saudi

Squid Game bakal dianjurkan di Arab Saudi.

Walau sudah hampir sebulan ditayangkan, drama siri Squid Game masih lagi hangat diperkatakan di seluruh dunia.

Mengambil inspirasi daripada itu, Pusat Budaya Korea dia Arab Saudi dikatakan telah menganjurkan rancangan Squid Game dengan misi memperkenalkan permainan kanak-kanak dari masa lalu sehingga sekarang.

BACA: Seorang YouTuber Uji Strategi Tarik Tali Dari ‘Squid Game’ Untuk Ketahui Kebenarannya

Sama seperti konsep yang digunakan dalam drama, 30 orang peserta terpilih dari 300 orang yang mendaftar akan memakai uniform hijau, manakala kakitangan atau pengurus yang menguruskan permainan akan memakai kostum berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat.

Namun perbezaannya, tiada yang akan dihukum tembak sampai mati sekiranya gagal.

Antara permainan yang akan dipertandingkan juga adalah sama seperti yang dipertandingkan dalam drama tersebut, iaitu:

1. Green light, red light 

‘Squid Game’ Bakal Dianjurkan Di Arab Saudi

2. Stepping stones

3. Dalgona

3E9F15A0-1E62-4C37-ADD5-AD331F985AE9

4. Guli

5. Ddakji

Tahukah anda, siapa pembuat gula-gula dalgona dalam Squid Game?

An Yong-hui, 37 tahun berkongsi sebaik sahaja drama ini ditayangkan, premis mereka tanpa henti dikunjungi pelanggan sehingga beliau mengakui tidak dapat pulang ke rumah selama seminggu demi memenuhi permintaan pelanggan.

Lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui gula-gula dalgona yang digunakan dalam drama berkenaan adalah hasil tangannya.

Sebelum ini dalam masa sehari, jumlah jualan gula-gula dalgona yang terjual boleh mencecah 200 biji dengan harga jualan sekitar 2,000 won (RM6.96) sebiji.

Namun selepas Squid Game ditayangkan, jumlah jualannya mula meningkat hampir dua kali ganda daripada jumlah jualan harian biasa iaitu lebih 500 biji sehari dengan barisan pelanggan yang menunggu boleh sepanjang dua meter seawal jam 11 pagi.