
Dijual 20 Sen Setiap Satu, Barang Keperluan Dalam Plastik Aiskrim Alternatif Untuk Yang Tidak Mampu
Dijual 20 sen setiap satu, barang keperluan dalam plastik aiskrim altenatif untuk yang tidak mampu.
Tidak semua orang dalam dunia ini hidupnya senang. Ada yang terpaksa mengikat perut demi mendahulukan keperluan lain yang lebih penting. Terutamanya dalam waktu wabak COVID-19 ini melanda dunia.
Di media sosial Facebook, tular satu gambar yang memaparkan ‘aiskrim’ pelbagai warna digantung tinggi di sebuah kedai runcit. Namun ia bukanlah aiskrim yang dibeli untuk dimakan secara sejuk beku.
Sebaliknya cecair yang diletakkan dalam plastik aiskrim Malaysia itu mengandungi cecair barang keperluan harian seperti sabun pencuci, minyak masak, kicap dan sebagainya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Muhamad Ashari menjelaskan dengan harga jualan 20 sen setiap satu, ia membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli dalam kuantiti yang sedikit berbanding bungkusan asal yang lebih besar dan mahal nilainya.


Membaca komen-komen yang ada pada hantaran barang keperluan yang dijual dalam palstik aiskrim dengan harga 20 sen itu, ada yang berkongsi di Sabah ini adalah pemandangan biasa. Barang masakan rata-ratanya akan dijual dalam bentuk kuantiti yang kecil untuk dibeli mereka yang kurang berkemampuan.
Melihat situasi ini sebenarnya mengajar kita untuk lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki dan berkongsi rezeki yang ada.
Terdahulu, kami pernah kongsikan kisah Grandpa Kitchen versi Malaysia, Tokwan Kami yang berkongsi resipi sambil bersedekah.
Kelainan yang dipaparkan video seorang lelaki dipanggil ‘Tok Wan’ memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim itulah berjaya meraih tontonan mencecah 1.2 juta kali.
Pelbagai masakan tempatan yang dikongsikan Tok Wan seperti menu lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam, dan bihun sup dalam kuantiti yang banyak berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Difahamkan, saluran Tokwan Kami sudah berada dalam YouTube sejak 2012 namun dilihat semakin aktif memuat naik video masakan dan resipi sejak penghujung tahun lalu.
Jika Grandpa Kitchen terkenal dengan slogan ‘Loving, Caring, Sharing. This is my family’, YouTuber Tokwan Kami terkenal dengan moto ‘Kongsi Rezeki’ yang turut berkongsi maklumat seperti akaun bank dan nombor telefon untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut.
Baca lanjut: “Grandpa Kitchen Versi Malaysia”, YouTuber ‘Tokwan Kami’ Kongsi Resipi Sambil Bersedekah
Trending now



