Wajah Perogol Bersiri Reynhard Sinaga Lebam

Polis Dedah Wajah Perogol Bersiri Lelaki Paling Keji Di Britain, Lebam Dan Bengkak Dipukul Mangsa

Polis Dedah Wajah Perogol Bersiri Lelaki Paling Keji Di Britain, Lebam Dan Bengkak Dipukul Mangsa.

Pada tahun 2017, penduduk Britain dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warganegara Indonesia dari Jambi atas kesalahan melakukan 159 kesalahan seksual termasuk melakukan kes rogol terhadap lelaki sebanyak 136 kali.

Disifatkan sebagai perogol bersiri paling keji di Britain, Reynhard Sinaga telah dijatuhkan hukumaman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Manchester Crown kerana didapati bersalah memperdaya 48 lelaki untuk menjadi mangsa nafsu serakahnya.

Reynhard ditangkap oleh pihak polis Britian di kediamannya yang terletak di Princess Street, Manchester.

Kes perbicaraan Reynhard dilakukan secara tertutup manakala pihak perundangan juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isi pembicaraan kepada media.

Wajah Reynhard lebam dan bengkak

Wajah Perogol Bersiri Reynhard Sinaga Lebam
Sumber: BBC

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun ditahan, polis Manchester kemudiannya mendedahkan gambar wajah Reynhard semasa ditangkap.

Dalam gambar itu, Reynhard kelihatan lebam di kedua-dua belah matanya dan ada beberapa pelekat perubatan menutup luka di matanya.

Difahamkan, Reynhard dipukul seorang mangsanya yang juga atlet dan berada dalam keadaan waras walaupun mangsa tersebut turut diberikan minuman bercampur ubat tidur.

Polis mendedahkan gambar itu khusus untuk tayangan dokumentari BBC bertajuk ‘Catching a Predator’ yang mengisahkan siasatan polis dalam usaha menangkap Reynhard.

Mangsa buka cerita hanya ketahui dirogol selepas polis tunjuk gambar

Wajah Perogol Bersiri Reynhard Sinaga Lebam
Sumber: BBC

Daniel yang merupakan salah seorang mangsa jenayah seksual itu pertama kali mendedahkan identitinya kepada BBC mengaku dirinya tidak sedarkan diri ketika berada di pangsapuri Reynhard.

Bagaimanapun, sebaik polis Manchester menunjukkan gambar serangan Reynhard dua tahun lalu, dia menyedari dirinya sudah diperkosa.

“Mengerikan melihat diri saya begitu rapuh dalam gambar diabadikan orang lain.

“Anda seperti melihat saya dalam keadaan koma, saya nampak (seperti) sudah meninggal dunia,” katanya.

“Untuk bercakap sebagai lelaki, saya diperkosa sangat sukar, ini membuat saya begitu ‘rapuh’,” katanya.

Daniel menjadi mangsa ketika dirinya meraikan ulang tahun kelahirannya bersama teman pada 2015. Dia terpisah daripada rakan yang menaiki teksi pulang ke rumah masing-masing.

“Saya perlu ke tandas dan selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.

Pagi keesokannya, dia bangun di sofa dalam keadaan lengkap berpakaian, pening dan tidak ingat apa yang berlaku.

Reynhard Sinaga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman minimum 30 tahun penjara. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan UK memutuskan bahawa hukuman Reynhard dinaikkan menjadi penjara minimum 40 tahun sebelum mendapat permohonan pembebasan.

Sumber: The Telegraph, Harian Metro