Lima Kakitangan Hospital Terima Suapan Urus Jenazah

Kaut Untung Wang Suapan Lebih RM20,000 Urus Jenazah, Lima Kakitangan Hospital Dicekup

Kaut Untung Wang Suapan Lebih RM20,000 Urus Jenazah, Lima Kakitangan Hospital Dicekup.

Isu rasuah di negara ini diibaratkan seperti ‘isu tidak pernah habis’ walaupun pelbagai tindakan diambil oleh pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan dengannya.

Terbaharu, isu rasuah melibatkan pengurusan jenazah, telah didapati lima suspek yang terdiri daripada kakitangan sebuah hospital dicekup SPRM kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Menurut SPRM, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021 dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Difahamkan, kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun itu ditahan pada 6 Oktober di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Lima Kakitangan Hospital Terima Suapan Urus Jenazah
Sumber: Alhijrah Online

Memetik sumber Kosmo, petugas kesihatan Gred 19 hingga Gred 29 itu menerima habuan RM300 hingga 400 bagi setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis-jenis kematian.

Bagi kes kematian biasa, suspek yang berusia 34 hingga 44 tahun dikatakan menerima bayaran RM300, manakala RM400 bagi yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis untuk permohonan reman.

BACA: Mewah Luar Biasa, Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

BACA: Suku Penjawat Awam Sanggup Terima Rasuah Jika Berkuasa – SPRM

Sumber: Awani, Kosmo