Shopee Malaysia

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini

Platform pembelian dalam talian, Shopee semakin meningkat naik popularitinya di Malaysia sehingga bergelar sebagai platform terbesar yang digunakan di Malaysia.

Sepanjang Shopee diperkenalkan, pernahkan anda terfikir untuk mengira perbelanjaan anda di platform ini?

Seorang pembangun tempatan, Ahmad Saiful Bahri telah menghasilkan sebuah kod ringkas yang membolehkan anda menyemak jumlah perbelanjaan yang sudah anda laburkan di laman membeli belah ini.

Caranya:

1. Salin kod yang dipaparkan di pautan ini: github.com/epool86/

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini 1

2. Log masuk ke laman Shopee anda dan pergi ke bahagian My Purchase atau Pembelian Saya.

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini 2

3. Klik kanan dan pilih Inspect dan klik pada bahagian Console.

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini 3

4. Masukkan kod yang anda salin tadi dan tekan Enter.

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini 4

5. Skrip akan berjalan dan anda akan lihat jumlah perbelanjaan anda di Shopee setakat ini di bahagian Grand Total.

Kira Jumlah Perbelanjaan Anda Di Shopee Dengan Cara Mudah Ini 5

Jadi bagaimana? Sudah berapa banyak perbelanjaan yang anda laburkan di Shopee?

Sebelum itu, tahukah anda, disebabkan populariti platform Shopee ini, pengasasnya, Forrest Li Xiadong tersenarai sebagai individu paling kaya di Singapura dengan nilai kekayaan berjumlah lebih RM82 bilion.

Sejak disenaraikan pada tahun 2017, harga saham syarikat induk Shopee meningkat sehingga 3,000%.

Li yang juga merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif telah mendahului taikun produk cat Nippon Paint, Goh Cheng Liang yang menduduki kedudukan kedua dengan nilai kekayaan berjumlah RM73.52 bilion.

Dilahirkan di Tianjin, China, Li yang juga pemilik syarikat Sea Group berhijrah ke Singapura tidak lama selepas menerima ijazah dalam bidang kejuruteraan dari Shanghai Jiaotong University dan MBA dari Stanford Graduate School of Business.

Menurut Fortune, kejayaan Li adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kekayaan jutawan teknologi meningkat naik di negara Asia.

Di saat pandemik melanda dunia, terdapat 50 hartawan Malaysia yang semakin mencatatkan peningkatan pada nilai kekayaan mereka.

Menurut Forbes Asia, nilai kekayaan 50 hartawan yang berada dalam Senarai Kekayaan Malaysia Forbes 2021 meningkat 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371 bilion) tahun ini.

Lonjakan yang berlaku di tengah-tengah krisis pandemik itu sebahagiannya disumbangkan oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan kepada dunia.

Baca lanjut di: Harga Saham Meningkat Lebih 3,000%, Pengasas Shopee Tersenarai Sebagai Individu Terkaya Di Singapura