India Tukar Hon Kenderaan Bunyi Muzik

India Pertimbang Tukar Bunyi Hon Kenderaan Dengan Alunan Muzik

Sebagai pengguna jalan raya, mungkin kita akan berasa marah jika pengguna lain bunyikan hon pada kenderaan kita, tidak kiralah bunyi pendek, panjang atau berkali-kali.

Namun, situasi ini berbeza di India dan diaggap perkara biasa di sana. Seolah-olah hon adalah salah satu peraturan bagi mereka di laluan jalan raya.

Bayangkan, betapa bisingnya suasana atas jalan raya dengan kerenah masing-masing yang enggan mengalah.

Mungkin ‘perkara biasa’ itu tidaklah begitu normal bagi semua penduduk. Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan India mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang yang menyeru agar menggantikan bunyi hon kereta yang sentiasa bingit di negara itu dengan bunyi muzik.

“Saya sedang mengkaji perkara ini dan tidak lama lagi merancang untuk membuat undang-undang semua bunyi hon bagi segala jenis kenderaan perlu diubah kepada instrumen muzikal India agar ia lebih sedap didengar,” kata menterinya, Nitin Gadkari kepada media tempatan.

India Tukar Hon Kenderaan Bunyi Muzik

Ujarnya, bunyi hon kenderaan itu boleh digantikan dengan dengan bunyi peralatan muzik seperti seruling, biola, tabla atau harmonium.

Gadkari juga berkata dia ingin menggantikan bunyi siren ‘menjengkelkan’ yang digunakan oleh kenderaan ambulans dan kenderaan polis dengan bunyi yang lebih elok.

India memiliki beberapa bandar paling bising di dunia dengan jalan raya sesak dipenuhi pengangkutan seperti beca, bas, teksi, motosikal dan kereta hampir setiap masa.

Berdasarkan statistik, pemandu Mumbai menghidupkan hon sebanyak 18 juta kali dalam masa satu jam dan purata seorang sahaja memberikan hon sebanyak 48 kali sehari.

Sehinggakan polis Mumbai terpaksa mengeluarkan kaedah mengajar pengguna jalan raya dengan cara jika semakin banyak hon dikeluarkan, semakin lama perlu menunggu lampu isyarat yang boleh mengundang kepada kesesakan trafik.

BACA: Lihat Bagaimana Polis ‘Ajar’ Pemandu Mumbai Yang Suka Bunyikan Hon

BACA: Kesesakan Luar Biasa Jalan Raya India, Satu Perkara Biasa Untuk Negara Padat

Sumber: The Hindu