Pemilik Myvi Perjelas Keadaan Sebenar, Wanita Terjun Kereta Bukan Sebab Bergaduh Tapi Terkena Gangguan 3

Pemilik Myvi Perjelas Keadaan Sebenar, Wanita Terjun Kereta Bukan Sebab Bergaduh Tapi Terkena Gangguan

Pemilik Myvi perjelas keadaan sebenar, wanita terjun kereta bukan sebab bergaduh tapi terkena gangguan.

Semalam tular video seorang wanita yang dikatakan nekad terjun dari sebuah kereta Myvi selepas bergaduh dengan teman lelakinya.

Namun dalam kenyataan terbaharu, kedua individu berkenaan menafikan dakwaan berkenaan.

Menerusi satu video penjelasan di YouTube Amirul Syakir, keduanya menafikan mereka adalah pasangan kekasih dan menjelaskan wanita tersebut terkena gangguan semasa dalam perjalanan mencari barang-barang untuk menghasilkan konten.

Pemilik Myvi Perjelas Keadaan Sebenar, Wanita Terjun Kereta Bukan Sebab Bergaduh Tapi Terkena Gangguan 2

Pada ketika itulah, wanita berkenaan terkena gangguan sehingga suaranya berubah dan meracau.

“Tak tahu nak buat apa, saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan.

Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tak sempat tarik dia sebab pakai seat belt. Tiba-tiba dia hilang.

Rupanya dah diseberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan, terus buat pusingan U.”

Tonton penjelasan lanjut di pautan bawah:

Sebelum ini, tular video sebuah Myvi yang kekal laju biarpun di atas penghalang jalan raya.

Pada rakyat Malaysia, kereta Perodua Myvi sering kali mengungguli carta sebagai kereta paling handal dengan lagak ngeri yang kadang kala boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal.

Paling berpengaruh, paling laju, paling power, paling hebat dan semua yang paling paling boleh beri pada Myvi. Senang kata, Myvi dah boleh digelar Raja di atas jalan raya.

Dalam video yang dirakam menerusi dashcam pemandu berhampiran, kereta Myvi tersebut didapati memandu secara laju sebelum memotong kenderaan yang sedang berhenti di depannya dengan menukar jalan ke bahagian kiri.

Mungkin tidak tahu jalan tersebut mempunyai pembahagi jalan menyebabkan kenderaan tersebut bergesel dan bergerak di atas pembahagi jalan selama beberapa saat sebelum kembali semula ke ‘jalan yang benar’.

Baca lanjut di: Video Tular Pecut Atas Divider Bukti Myvi Kekal Jaguh Di Jalan Raya