Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Jalan Raya

Dilindungi Polis Kerana Diancam Bunuh, Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Nahas Jalan Raya

Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Dalam Nahas Jalan Raya.

Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan karikatur Nabi Muhammad SAW dilaporkan maut dalam satu nahas jalan raya.

Laporan menyatakan Vilks, 75, ketika kejadian sedang menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah trak berhampiran bandar Markaryd di bahagian selatan Sweden.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Manakala dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban.

Hidup dalam perlindungan polis selepas cetuskan karikatur kontroversi

Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Jalan Raya

Vilks dilaporkan hidup di bawah perlindungan polis setelah menjadi sasaran ancaman bunuh susulan tindakannya melukis kartun tersebut.

Karikatur yang diterbitkan pada tahun 2007 itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana dianggap sebagai satu penghinaan.

Ia turut menyebabkan bekas Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt terpaksa menemui duta dari 22 buah negara Islam sebagai usaha untuk meredakan keadaan.

Tidak lama kemudian, al-Qaeda di Iraq menawarkan ganjaran AS$ 100,000 (£ 73,692) untuk membunuhnya. Ia berlaku setahun lalu selepas sebuah akhbar Denmark menerbitkan kartun tersebut.

Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Jalan Raya

Pada tahun 2010, akhbar Sweden mencetak semula karikatur kontroversi terbabit selepas dua lelaki Muslim ditangkap di Ireland atas dakwaan berkaitan tuduhan berkomplot untuk membunuh Vilks.

Polis masih belum mendedahkan identiti mangsa-mangsa lain yang terlibat namun, pasangan Vilks mengesahkan kematiannya menerusi akhbar Dagens Nyheter.

Menurut kenyataan polis, setakat ini masih belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Siasatan awal bagaimanapun mendapati ia tidak melibatkan pihak lain.

Penghinaan terhadap Islam ini bukanlah perkara baharu di Eropah, malah penduduk Islam dihina berdekad-dekad lamanya secara konsisten oleh media, penulis dan artis di sana.

Ada negara kuat mempertahankan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyatnya sehinggakan penghinaan kepada agama, kaum, dan individu dibenarkan atas nama kebebasan bersuara.

BACA: Penduduk Israel Hina Nabi Muhammad SAW Ketika Perarakan Bendera

BACA: Pernah Hasilkan Filem Hina Rasulullah, Lelaki Ini Akhirnya Temui Cinta Dalam Agama Islam

Sumber: The Guardian