C9F7BE5D-0611-4410-8F23-4D37DCFCAFB8

Bapa Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hanya Kerana Tak Mahu Makan

Seorang bapa meluahkan rasa terkilan beliau di media sosial dengan apa yang berlaku kepada anaknya, seorang kanak-kanak autistik di sebuah pusat jagaan kanak-kanak istimewa yang berlokasi di Bandar Baru Ampang Selangor.

Bapa Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hanya Kerana Tak Mahu Makan
Sumber: Tengku Muhammad Shafiq

Menurut hantarannya di Facebook semalam, insiden ini berlaku pada 1 Oktober 2021 di mana semasa mengambil anaknya pulang, mereka melihat kesan yang dipercayai hasil daripada kekasaran yang dilakukan salah seorang guru di sana.

E02EE7B5-5E79-4447-8EC5-24745C15BEB8
Sumber: Tengku Muhammad Shafiq
7C0BCB45-A9F9-44CE-96C7-C6C605A601BE
Sumber: Tengku Muhammad Shafiq

Namun, justifikasi yang diterima adalah kerana anaknya tidak mahu makan; makanan diluah keluar semula dari mulut.

Dalam satu rakaman yang sempat direkodkan (sebelum dihalang dan enggan dipertontonkan semula oleh pihak sekolah) dan dimuat naik bersama di hantaran tersebut, dapat dilihat anaknya diheret semula ke meja oleh individu berkenaan.

Anak Autistik Didera Pusat Jagaan
Sumber: Tengku Muhammad Shafiq

Turut marah dengan kejadian yang berlaku, bapa berkenaan meluahkan kesal beliau kerana pusat jagaan berkenaan merupakan pusat yang menempatkan kanak-kanak istimewa termasuklah kanak-kanak lembam, autistik, disleksia, hiperaktif dan lain-lain.

Bapa Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hanya Kerana Tak Mahu Makan
Sumber: Tengku Muhammad Shafiq

Mahukan keadilan untuk anaknya, bapa berkenaan kemudiannya telah membuat satu laporan polis kepada pusat berkenaan.

Anak Didera Pusat Asuhan
Sumber: Tengku Aminuddin Shafiq

Sebelum ini, tular isu anak Sindrom Down yang disyaki didera di rumah kebajikan terbuka.

Di media sosial, giat kempen #JusticeforBella dijalankan. Kempen ini dibuat susulan mahukan keadilan buat seorang anak istimewa Sindrom Down yang disyaki didera selepas ditemui melecur teruk pada dada, tangan dan leher.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusuff, beliau yang dikenali sebagai Bella disyaki didera di pusat asuhan di sebuah kondominium di Wangsa Maju dan pihak mereka menerima laporan kes berkenaan pada 24 Jun lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, keadaan Bella dikatakan semakin baik dan menunjukkan perubahan positif.

Beliau kini berada di bawah jagaan JKM bagi memastikan tahap kesihatan dan pembangunan emosinya berada pada tahap terbaik.

Baca lanjut di: Kronologi Kes Anak Sindrom Down Yang Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan Terkemuka

Sumber: Tengku Aminuddin Shafiq