AAE2E174-369E-4306-AE31-AE2C9A9EC7AB

Lelaki Nikahi Periuk Nasi Umum Berpisah Selepas 4 Hari Bersama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki nikahi periuk nasi umum berpisah selepas 4 hari bersama.

Awal minggu lalu, tular secara meluas di media sosial, seorang lelaki Indonesia yang menikahi sebuah periuk nasi di media sosial.

Beliau yang dikenali sebagai Khairol Anam dari Magelang, Jawa mengumumkan pernikahannya mengahwini objek yang tidak bernyawa itu dalam satu hantaran di Facebook peribadinya menarik perhatian netizen.

3235F98D-E3BD-4D5E-9A62-1B4EDDAACB29
Sumber: Khairol Anam

Dalam siri gambar yang dimuatnaik, Anam lengkap berbusana tradisi, manakala ‘isterinya’ dipakaikan kerudung juga dilihat melakukan upacara membatalkan air sembahyang.

Lelaki Nikahi Periuk Nasi
Sumber: Khairol Anam

Biarpun ini pada mulanya dibuat dengan tujuan sekadar hiburan, Anam dalam hantaran terbaharu mengumumkan beliau dan ‘isterinya’ telah pun berpisah kerana tidak ada pasangan yang sempurna.

Lelaki Nikahi Periuk Nasi
Sumber: Khairol Anam

Walaupun bekas ‘isterinya’ itu memiliki ciri idaman ramai; putih, pendiam, penurut, pandai masak dan tak banyak bicara.

Melihat pada ruangan komen hantarannya, ramai yang tertanya-tanya objek apa pula yang akan dijadikan beliau sebagai isteri selepas ini. Ada juga yang meluahkan rasa sedih terhadap berita perpisahan mereka.

Sebelum ini, tular berita perkahwinan seorang ahli bina badan Kazakhstan, Yuri Tolochko yang mengakhiri zaman bujangnya dengan teman wanita silikon beliau selepas lapan bulan berkenalan pada Disember tahun lalu.

Namun pertengahan September tahun ini, beliau mengakui telah jatuh cinta sekali lagi. Kali ini pada bekas abu rokok yang berada dalam bilik merokok di sebuah kelab yang beliau kunjungi.

Kata Yuri, apa yang membuatkan beliau tertarik adalah bau besi pada bekas tersebut selain daripada rasa tekstur besi pada kulitnya apabila disentuh.

Baca lanjut: Lapan Bulan ‘Bercinta’, Ahli Bina Badan Akhiri Zaman Bujang Kahwini Teman Wanita Silikon