Netflix Disaman

Trafik Sesak Akibat ‘Squid Game’, Ini Sebab Kenapa Pembekal Internet Korea Selatan Saman Netflix

Disebabkan terlampau popular di Korea Selatan, syarikat pembekal jalur lebar, SK Broadband telah memfailkan saman terhadap Netflix susulan daripada menyebabkan trafik internet menjadi sesak dek Squid Game.

Mungkin ada yang berfikir, jika trafik sesak bukankah ia sesuatu yang baik?

BACA: Master Catur Saman Netflix RM20.86 Juta Kerana Salah Siar Fakta Dalam Siri The Queen’s Gambit

Menurut SK Broadband selaku pemfail saman, trafik dari platform Netflix pada rangkaian mereka meningkat sehingga 1,150Gbps dalam tempoh tiga tahun terakhir dan kemuncaknya adalah pada September 2021, bulan Squid Game ditayangkan.

Tuntutan saman itu turut membahaskan sama ada penyedia kandungan seperti Netflix perlu membayar yuran penggunaan untuk perkhidmatan internet tempatan atau pun tidak.

Netflix Disaman Squid Game

 

Ini kerana syarikat penyedia kandungan yang lain seperti Amazon, Apple dan Facebook membayarnya. Manakala tidak Netflix dan YouTube.

Namun pada tuntutan sebelumnya, Netflix mengatakan tanggungjawabnya adalah menyediakan kandungan dan bukannya menyediakan internet kepada penonton.

Dalam satu kenyataan lain di Netflix Partner Day, Naib Presiden kandungan untuk Netflix Korea, Kang Dong-han pernah mengatakan pelaburan Netflix dalam industri hiburan Korea Selatan telah memberikan ekonomi sebanyak $4.7 bilion dan mewujudkan sebanyak 16,000 peluang pekerjaan di pelbagai industri yang berkaitan hiburan dan penciptaan kandungan.

Sekadar makluman, di Korea Selatan, internet di kawasan menunggu bas awam adalah percuma sebagai langkah menyediakan rakyat dengan akses mudah kepada informasi dan kos komunikasi.

Sebelum ini, master catur dikatakan telah memfailkan saman terhadap Netflix sebanyak

RM20.86 juta kerana salah siar fakta mengenai beliau di dalam satu siri Netflix.

Biarpun berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan penonton dunia, siri Netflix The Queen’s Gambit dilaporkan telah disaman oleh seorang master catur dunia, Nona Gaprindashvili.

Saman yang menamakan Netflix itu adalah atas dakwaan Netflix telah memberikan fakta salah mengenai beliau dalam satu episod siri berkenaan iaitu bertanding catur dengan lelaki.

Menurut Gaprindashvili, dalam episod yang dikatakan pada tahun 1968 itu, beliau tidak pernah bertanding dengan peserta lelaki, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Sumber: Business Insider