Krisis Bekalan Minyak UK

Pengenalan Dasar Baru Punca Krisis Bekalan Minyak & Kekurangan Pemotong Daging Babi Di UK

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada ketika ini, penduduk United Kingdom (UK) sedang berdepan dengan krisis bekalan minyak petrol dek perubahan dasar yang sedang dilaksanakan kerajaan.

BREXIT

BREXIT adalah tindakan UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) susulan 52% rakyat UK mengundi untuk meninggalkannya selepas hampir 50 tahun bersama.

Ini bermakna UK akan meninggalkan pasaran tunggal dan kesatuan kastam, penamatan hubungan undang-undang, mengakhiri hak automatik bagi warga EU tinggal di Britain dan mengurangkan atau menamatkan bayaran belajawan kepada Brussels (ibu negara EU).

Bekalan petrol terganggu

Susulan BREXIT dilaksanakan, jumlah pemandu kenderaan berat turun secara drastik. Malah dasar visa yang ketat semakin menekan keadaan ini.

Dengan penurunan jumlah pemandu kenderaan berat yang mana kebanyakannya merupakan bukan warga UK, ia telah menyebabkan gangguan kepada proses bekalan petrol ke stesen-stesen minyak negara sehinggalah yang terbaharu 2,000 buah stesen minyak terpaksa ditutup akibat tiada bekalan.

Krisis Bekalan Minyak UK
Sumber: France24

Biarpun wakil kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ketiadaan minyak tidak mencerminkan situasi sebenar, tetapi perubahan terkini pada dasar menunjukkan sisi yang sebaliknya antaranya pengeluaran visa khas sementara untuk pekerja asing yang bekerja sebagai pemandu kenderaan berat.

Namun tawaran berkenaan tetap tidak menarik perhatian pekerja asing kerana ditawarkan akan berakhir pada Disember 2021.

BACA: United Kingdom Tubuh Pasukan Tentera Bagi Peperangan Dalam Talian

Melihatkan pada situasi pembelian panik yang semakin memburuk, UK akhirnya terpaksa menggunakan khidmat ketenteraan bagi membawa bekalan minyak ke stesen minyak seluruh negara untuk memenuhi keperluan rakyat.

Selain daripada krisis bekalan minyak ini, UK juga dilaporkan berdepan dengan krisis kekurangan pekerja pemotong daging dalam industri pemprosesan daging, antaranya industri daging babi yang menurut Persatuan Babi Sedunia memerlukan tenaga kerja bagi memotong 120,000 ekor babi yang ada di ladang ternakan babi di UK.

Sumber: Namri Sidek, Reuters, CNN