‘Boleh Kejar Perempuan, Boleh Guna Dadah’, Tular Video Lama Shah Rukh Khan Beri Kebebasan 1

‘Boleh Kejar Perempuan, Boleh Guna Dadah’, Video Lama Shah Rukh Khan Beri ‘Kebebasan’ Pada Anaknya Kembali Tular

‘Boleh kejar perempuan, boleh guna dadah’. Video lama Shah Rukh Khan beri kebebasan pada anak nya kembali tular.

Hujung minggu lalu, anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23 tahun ditahan dalam satu serbuan penyitaan dadah oleh pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB).

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain sedang berparti di sebuah kapal persiaran Cordelia dari Mumbai menuju ke Goa pada 2 Oktober 2021.

‘Boleh Kejar Perempuan, Boleh Guna Dadah’, Tular Video Lama Shah Rukh Khan Beri Kebebasan Kepada
Sumber: THe Ecomonic Times

Menurut anggota polis yang menyamar, anak Shah Rukh Khan itu ditahan kerana terbabit dalam mengguna, membeli dan menjual bahan terlarang di pesta yang mengenakan bayaran Rs1 lakh (RM5,636) untuk setiap orang.

Dalam serbuan tersebut turut dirampas 13g kokain, 12g kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5g mephedrone (MD).

Selepas penangkapan Aryan, Shah Rukh Khan dilaporkan dilihat berada di pejabat peguam dan terpaksa membatalkan penggambaran muzik video filem akan datangnya, Pathan bersama Deepika Padukon di Sepanyol.

Susulan keterlibatan penyalahgunaan dadah anaknya, satu video temu bual lama Shah Rukh Khan kembali tular.

Dalam video yang dirakamkan pada tahun 1997, Shah Rukh Khan dilihat membuat kenyataan telah memberi kebenaran kepada anaknya untuk menggunakan dadah.

“Saya tak manjakannya (Aryan). Saya beritahu dia yang dia boleh ‘mengejar’ perempuan, merokok sebanyak mana yang dia mahukan, menggunakan dadah, melakukan hubungan intim.”

Semasa ditanya pada umur berapa ‘kebenaran’ tersebut dibenarkan, isteri Shah Rukh Khan, Gauri Khan mencelah, “Semasa Aryan berusia dua tahun.”

Gauri juga menambah yang disebabkan Aryan rapat dengan ayahnya, dia ‘ditakdirkan’ menjadi anak yang nakal dan manja (spoiled brat).

Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis mendedahkan mereka menemui adanya kaitan dengan pengedaran dadah antarabangsa, dark web dan Bitcoin dengan penahanan tersebut.

Sebelum itu, tahukah anda Shah Rukh Khan merupakan antara individu yang memiliki tanah di bulan?

Tanah berkenaan dilaporkan dihadiahkan oleh peminatnya dari Australia sempena hari lahirnya beberapa tahun yang lalu.

Dilaporkan juga harga tanah di bulan mencecah kira-kira AS$32 (bersamaan RM136) seekar.

Bagaimanapun timbul persoalan adalah benar seseorang boleh memiliki tanah pemilikan di bulan?

Baca lanjut di: Shah Rukh Khan Antara Individu Yang Miliki Lot Tanah Di Bulan, Namun Adakah Pemilikan Ini Sah?