page

Punca Di Sebalik Tragedi Kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah Akhirnya Diketahui Selepas 59 Tahun Filem ‘Ibu Mertua-ku’ Ditayangkan

Punca di sebalik tragedi kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah akhirnya diketahui selepas 59 tahun filem Ibu Mertua-ku ditayangkan.

Biarpun sudah lebih 59 tahun ditayangkan, filem klasik Ibu Mertua-ku kekal menjadi sebuah filem yang plotnya sentiasa menjadi bualan rakyat Malaysia.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis, Sabariah yang daripada keluarga berada jatuh cinta pada Kassim Selamat, seorang pemuzik.

Punca Di Sebalik Tragedi Kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah Akhirnya Diketahui Selepas 59 Tahun Filem ‘Ibu Mertua-ku’ Ditayangkan 3

Namun hubungan keduanya tidak direstui Nyoya Mansor, ibu Sabariah bukan sahaja kerana Sabariah sudah pun ditunangkan dengan Doktor Ismadi, tetapi juga kerana kedudukan Kassim Selamat yang tidak setaraf dengan mereka.

Disuruh untuk memilih antara Kassim Selamat dan Doktor Ismadi, Sabariah berkeras untuk berkahwin dengan Kassim Selamat kerana terlalu mencintainya.

Kehendak Sabariah dipenuhi, tetapi Sabariah dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansor sebaik sahaja keduanya selamat dinikahkan.

Punca Di Sebalik Tragedi Kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah Akhirnya Diketahui Selepas 59 Tahun Filem ‘Ibu Mertua-ku’ Ditayangkan 4

Dari Singapuran, Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang dan memulakan kehidupan baharu.

Apabila disahkan mengandung, Sabariah mengutuskan surat meminta pertolongan Nyonya Mansor kerana sudah tidak sanggup hidup dalam kesusahan.

Pada babak ini, mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak pernah menyangka bahawa ada berlakunya potongan babak yang bercerita mengenai tragedi keduanya jatuh miskin.

Sebelum dihalau keluar, Kassim Selamat dan Sabariah menerima wang berjumlah RM5,000 daripada Nyonya Mansor.

Namun disebabkan berjudi dalam acara lumba kuda, keduanya jatuh miskin.

Punca Di Sebalik Tragedi Kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah Akhirnya Diketahui Selepas 59 Tahun Filem ‘Ibu Mertua-ku’ Ditayangkan 1

Punca Di Sebalik Tragedi Kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah Akhirnya Diketahui Selepas 59 Tahun Filem ‘Ibu Mertua-ku’ Ditayangkan 2

Mungkin ada yang pernah menonton babak punca kemiskinan Kassim Selamat ini sebelum ia dipotong kerana tidak sesuai untuk tayangan umum kerana mengandungi adegan perjudian.

Tonton klip di pautan bawah untuk menonton babak yang sudah dipotong ini:

@coyot_

Kalau anda pernah menonton babak ini di kaca TV tanpa dipotong, maknanya anda sudah tua #pramlee #fyp #pramleefilems

♬ original sound – Coyot – Coyot

Sebelum ini, ODISI pernah menulis mengenai konsep gam yang tidak pilih kasih yang diamalkan pada tahun 1980-an.

Antara lagu yang turut terkena tempias ialah lagu nyanyian sumbang dan lirik kurang sopan. Yang sering menjadi mangsa konsep ini ialah mereka yang menyampaikan lagu-lagu bergenre hip hop, atau pun lagu yang mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kumpulan KRU.

Baca lanjut di: Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias