
Koma 15 Tahun, Putera Arab Saudi Ini Sebenarnya Pernah Diisytihar Sebagai Meninggal Dunia
Koma 15 tahun, putera Arab Saudi ini sebenarnya pernah diisytihar sebagai meninggal dunia.
Kisah seorang putera Arab Saudi kembali menjadi tular selepas anak saudaranya, Puteri Rima bin Talal memuat naik hantaran berbentuk video dengan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Saudi pada 23 September lalu.
حبيبي الله يحفظك ويشفيك ويعافيك . pic.twitter.com/VwnCjAazJc
— ريما بنت طلال (@Rima_Talal) September 26, 2021
Untuk pengetahuan anda, Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal koma selama 15 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya menyambung pelajaran di kolej ketenteraan di London pada tahun 2005.
Memberi respon pada arahan doktor
Oktober tahun lalu lalu, satu video dimuat naik menjadi tular selepas Putera Al-Waleed didapati menggerakkan jari dan tangannya beberapa kali sebagai respon kepada arahan doktor.
ابن الغالي الحبيب خالد بن طلال الوليد
الحمدلله الذي يحيي من يشاء بأمره
الحمدلله الذي رد لك عافيتك فلا يأس مع قدرة الله pic.twitter.com/QObPiUxtRJ— Noura (@Nora_bnt_Talal) October 19, 2020
Pernah diisytiharkan meninggal dunia
Namun pada April 2020, Putera Al-Waleed pernah diisytiharkan meninggal dunia secara klinikal oleh pasukan perubatan yang terdiri daripada tiga doktor Amerika Syarikat dan seorang doktor Sepanyol selepas usaha menghentikan pendarahan daripada kepalanya, namun baginda tetap masih dalam koma.

Namun ayah baginda, Putera Khaled bin Talal menegaskan mesin sokongan tetap akan diteruskan dengan harapan baginda akan pulih.
“Seseorang telah bertanya kepada saya, mengapa anda tidak melepaskan alat itu daripada anak lelaki anda?
Saya menjawab, ‘sekiranya kehendak Tuhan mahu dia meninggal dunia dalam kemalangan itu, maka anak saya tidak akan berada di kuburnya, tidak memerlukan pertolongan saya sekarang untuk pulih’.
Saya akan bersabar, puas dan yakin dengan apa yang telah ditentukan Tuhan.
Dan saya percaya pada-NYA, yang kektuannya ditinggikan, yang memelihara jiwanya (Putera Al-Waleed) selama ini dapat menyembukan dan memulihkan anak saya. “
BACA: Lebih 2 Bulan Koma, Remaja Terus Bangun Lepas Nama Makanan Kegemarannya Disebut
Trending now



