Lelaki Lamar Kekasih Guna PowerPoint

Lelaki Ini Lamar Kekasih Guna PowerPoint, Bentang Pelan Berumah Tangga Depan Bakal Mentua

Lelaki Lamar Kekasih Guna PowerPoint Depan Bakal Mentua.

Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta, ingin menamatkan zaman percintaan dengan perkahwinan.

Melamar merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin. Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada mengikut adat kesopanan masyarakat atau pun cara yang lebih moden tetapi masih menerapkan adab.

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah video seorang lelaki memiliki cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan PowerPoint.

Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.

Umpama seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang sedang melakukan pembentangan dalam mesyuarat syarikat, Yasher kelihatan bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.

Lelaki Lamar Kekasih Guna PowerPoint

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

Dapat dilihat dihadapan lelaki itu, kedua-dua bakal mentua bersama kekasihnya begitu tekun mendengar pembentangan itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen Indonesia yang mengagumi cara unik yang digunakan Yasher, malah ada juga yang meminta tips daripadanya.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa.”

“Pertama kali lihat lamaran begitu. Sangat bagus.”

“Harap apa yang dibentangkan itu dibuat, bukan sekadar cakap kosong.”

“Setuju dengan cara ini. Face to face dengan bakal mentua.”

Namun, ada juga yang berasa janggal dengan situasi yang dipaparkan itu yang menganggap agak keterlaluan.

BACA: ‘Dihina’ Lamar Kekasih Di KFC, Pasangan Ini Terima Tajaan Perkahwinan

BACA: Lapan Bulan ‘Bercinta’, Ahli Bina Badan Akhiri Zaman Bujang Kahwini Teman Wanita Silikon