page

Menyesal Percaya Dakyah Anti-Vaksin, Lelaki Ini Tak Sabar Nak Ambil Vaksin Lepas Pulih

Menyesal percaya dakyah anti-vaksin, lelaki ini tak sabar nak ambil vaksin lepas pulih.

Ahmad Firdous Raisuddin, 40 tahun baru-baru ini meluahkan kekesalan beliau yang sebelum ini percaya kepada dakyah anti-vaksin sehingga enggan mengambil suntikan vaksin.

Namun selepas disahkan dijangkiti COVID-19 tahap empat dan memerlukan bantuan oksigen, ia cukup memberi tamparan kepadanya. Ditambah pula dengan kehilangan adik kesayangannya, arwah Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos lalu.

BACA: Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib

Mengalami kerosakan pada paru-paru kanan dan paru-paru kiri dijangkiti di bahagian belakang, Ahmad Firdous juga sempat memohon maaf kepada petugas kesihatan atas dakwaan-dakwaan yang tidak berasas sebelum ini.

Menyesal Percaya Dakyah Anti-Vaksin, Lelaki Ini Tak Sabar Nak Ambil Vaksin Lepas Pulih 1

“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada COVID-19.

Kalau orang cakap dulu saya antivaksin, memang betul saya antivaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.

Tapi, sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian.”

Diuji dengan COVID-19 tahap 4, Ahmad Firdous yang pernah mengeluarkan kenyataan ‘doktor pembunuh’ sebelum ini turut merakamkan penghargaan beliau kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu menjaganya di unit rawatan rapi (ICU).

Menyesal Percaya Dakyah Anti-Vaksin, Lelaki Ini Tak Sabar Nak Ambil Vaksin Lepas Pulih 3

“Orang kata COVID is real, memang COVID is real. Dah kena, COVID is real la.

Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.

Bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita.”

Disebabkan sudah melalui pengalaman ngeri, Ahmad Firdous memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil vaksin COVID-19 tidak lama lagi.

“Diri saya bila dah kena, Insya-Allah bila saya sihat, InshaAllah saya akan ambil vaksin. Saya tahu penderitaan orang yang kena COVID-19 sangat teruk.

Mana yang cakap dulu saya anti-vaksin, tak apalah itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya.

Dan mereka-mereka yang tak nak ambil, terpulang pada kau orang.”

Sumber: Ahmad Firdous Raissuddin