Alami Gangguan Misteri Berpunca Anak Patung

Sakit Terkena Gangguan Misteri, Rupanya Berpunca Dari Anak Patung Kesayangan

Wanita Alami Gangguan Misteri, Rupanya Berpunca Dari Anak Patung Kesayangan.

“Jangan simpan patung, nanti malaikat tak masuk rumah engkau.”

Seringkali kita dengar orang selalu berkata begini, bukan? Barangkali, situasi ini pernah kita hadapi sendiri.

Lazimnya, patung menjadi pilihan ibu bapa dan ada yang kata, ia dibolehkan kerana dianggap permainan semata-mata.

Selain itu, ada juga yang gemar menyimpan patung sebagai hiasan. Bagaimana pula dari segi hukumnya?

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Imam al-Nawawi pula berkata: “Menurut para ulama, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa).

Tular mengenai kisah seorang perawat dari Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA) yang berkongsi mengenai seorang pesakitnya yang terkena gangguan dipercayai berpunca daripada anak patung kesayangan.

Penulisnya, Muhamed NorHezri Baharudin mengatakan pesakit yang merupakan wanita berusia 20-an telah mengalami gangguan tanpa henti daripada pagi hingga tengah hari.

Susulan itu, keluarga pesakit telah menghubungi perawat daripada TIIBKA untuk mendapatkan bantuan. Hasil siasatan dipercayai anak patung ‘teddy bear’ di rumah itu menjadi punca gangguan tersebut.

Alami Gangguan Misteri Berpunca Anak Patung
Sumber: Facebook TIIBKA

Pesakit menceritakan anak patung tersebut merupakan anak patung kesayangan sehingga dianggap seperti anak sendiri.

“Dia tempat saya meluahkan perasaan, dia tempat saya mengadu semua perasaan saya. Dia faham perasaan saya. Saya dapat rasakan dia ‘hidup’.”

Ujar penulis, pesakit mengakui pernah melihat anak patung kesayangannya bergerak sendiri seperti hidup.

“Antara gangguan yang dihadapi oleh pesakit ini adalah sering merasa gatal di seluruh badan. Dia juga menjadi seorang yang panas baran dan sangat sensitif.”

Selepas memberi nasihat dan anak patung itu dibakar, pesakit mulai sedar dan pulih daripada gangguan misteri yang dialami.

Penulis juga menitipkan beberapa iktibar yang boleh diambil daripada kisah ini.

  • Sentiasa memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan zikir pagi dan petang yang Shahih
  • Sentiasa mengadu pada Allah yang Maha Mendengar serta Maha Mengetahui
  • Tidak menyimpan anak patung untuk dijadikan sebagai hiasan dan ‘kawan’
  • Kebiasaanya patung-patung ini menjadi sarang dan tempat tinggal jin hikmah.

Perkongsian tersebut mendapat hampir 3,000 tanda suka dan 13 ribu perkongsian semula. Untuk bacaan lanjut mengenai kisah tersebut boleh ke pautan INI.

BACA: Pasangan Beli Kediaman ‘The Conjuring’ Akui Rumah Itu Memang Berhantu