
Redah Api Demi Selamatkan Jiran 80 Tahun, Pemergian Remaja Ini Diangkat Sebagai Wira Negara
Redah api demi selamatkan jiran 80 tahun, pemergian remaja ini diangkat sebagai wira negara.
Dalam satu kejadian kebakaran di kawasan perkampungan Izeh, Khuzestan di Iraq, Ali Landi, 15 tahun telah dilaporkan meninggal dunia selepas menanggung kesakitan selama dua minggu.
Semasa kejadian, Ali membantu dua jirannya yang mana salah satunya merupakan warga emas berusia 80 tahun yang terperangkap dalam bangunan pangsapuri kediaman mereka.
Ali Landi, A 15 year old boy from Izeh, Iran, saved two women from a house fire. He passed away from his injuries today. May he rest in peace. pic.twitter.com/3J1W6k2uLH
— 🇮🇷maryam kamal🇮🇷 (@maryamkamal87) September 24, 2021
Akibat tragedi 9 September itu, keduanya mengalami luka lecur tahap pertama, manakala Ali pula disahkan mengalami luka lecur hampir 90%.
Pada awalnya Ali dirawat di hospital di wilayah Khuzestan namun selepas keadaannya memburuk, beliau dipindahkan ke wilayah Isfahan untuk rawatan lanjut di unit rawatan rapi dengan perbelanjaan perubatan ditanggung sepenuhnya kerajaan.

Kagum dengan keberanian remaja berkenaan, ramai pihak mendesak agar Kementerian Pendidikan Iraq memasukkan kisah Ali yang melecur kerana sanggup redah api demi selamatkan jiran nya dalam kebakaran tersebut ke dalam bahan pengajaran sekolah.
Susulan itu juga, Presiden Iraq, Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan mengangkat Ali sebagai wira negara dan mengatakan kisah keberanian Ali mesti diceritakan melalui seni dan sastera untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada generasi akan datang.
Turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga Ali, ramai menteri serta ahli politik turut ikut serta memberikan penghormatan terakhir kepada Ali.
Terdahulu, Sarah Gilbert juga diangkat sebagai wira kerana menolak untuk mematenkan vaksin yang dicipta beliau demi menyelamatkan jutaan nyawa.
Nama Sarah Gilbert menjadi sebutan bukan sahaja berjaya menghasilkan vaksin untuk melindungi masyarakat dunia ketika ini, malah diberi penghormatan atas sesuatu yang lebih mulia, iaitu sifat kemanusiaan.
Kekaguman orang ramai terhadap Profesor Vaksinasi Universiti Oxford ini, beliau melepaskan sesuatu yang menjadi rebutan dalam industri farmasi ketika ini iaitu tidak mematenkan vaksin apalagi untuk mengaut keuntungan atas usaha kerasnya.
BACA: Tolak Patenkan Vaksin Demi Selamatkan Jutaan Nyawa, Kenali Pencipta AstraZeneca Sarah Gilbert
Trending now



