Padah Rogol Dihukum Cuci Pakaian Enam Bulan

Padah Cuba Merogol, Lelaki Dihukum Cuci Semua Pakaian Wanita Sekampung Selama Enam Bulan

Padah Cuba Merogol, Lelaki Dihukum Cuci Semua Pakaian Wanita Sekampung Selama Enam Bulan.

Seorang lelaki India yang dituduh cuba merogol telah diberi ikat jamin dengan syarat dia membasuh dan menggosok pakaian semua wanita di kampungnya selama enam bulan.

Lalan Kumar, 20 tahun, juga perlu membeli sabun pencuci baju dan barangan lain yang diperlukan untuk menyediakan khidmat cuci pakaian secara percuma kepada sekitar 2,000 wanita di kampungnya di Majhor di wilayah Bihar, India, di bawah syarat yang ditetapkan pada Rabu (22 Sep).

Kumar yang bekerja sebagai tukang cuci pakaian, diberkas pada April lalu atas beberapa tuduhan termasuk percubaan merogol, kata pegawai polis Santosh Kumar Singh di daerah Madhubani di Bihar. Setakat ini, tiada tarikh ditetapkan bagi perbicaraannya.

“Semua wanita di kampung ini berasa gembira dengan keputusan mahkamah,” kata ketua jawatankuasa kampung Nasima Khatoon.

“Ini detik bersejarah. Ia akan meningkatkan sikap hormat kepada kaum wanita dan membantu melindungi maruah,” kata Khatoon, yang merupakan salah seorang daripada ketua kampung yang akan memantau Kumar.

Padah Rogol Dihukum Cuci Pakaian Enam Bulan

Kaum wanita di kampung itu berkata hukuman tersebut meninggalkan kesan positif dengan menjadikan perbuatan jenayah terhadap wanita satu topik perbincangan dalam masyarakat mereka.

“Ini merupakan langkah luar biasa dan jenis hukuman berlainan yang menghantar mesej kepada masyarakat,” kata Anjum Perween.

Undang-undang bagi kesalahan merogol di India disemak semula susulan kejadian merogol beramai-ramai pada 2012 di New Delhi namun bilangan kes rogol kekal tinggi dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.

Polis selama ini dituduh tidak sedaya upaya mengambil tindakan untuk mencegah jenayah kejam itu dan gagal membawa kes-kes serangan seksual ke mahkamah.

BACA: Pembuat Filem Ini Cadang Kerajaan India ‘Halalkan’ Jenayah R*gol

Sumber: Mediacorp