
Ramai Minta ‘Squid Game’ Versi Malaysia, Pengarah Ini Buka Mulut Kongsi Pengalaman Produksi
Squid Game versi Malaysia?
Dunia masih lagi dengan demam Squid Game.
Tidak dinafikan, siri drama tersebut memang antara salah sebuah siri drama terbaik kerana bukan sahaja berbeza daripada siri drama yang ada, tetapi juga kerana mampu mengetengahkan budaya permainan yang ada dalam masyarakat Korea.
Tidak kurang juga, ada yang bersuara mahukan Malaysia tampil dengan siri sebegini atau remake siri drama Squid Game ini ke dalam versi Malaysia.

Namun seorang pengarah terkenal Malaysia, Amor Rizal tampil berkongsi pengalamannya mengenai isu ini.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, Amor Rizan menjelaskan ramai yang tidak menyedari bajet drama televisyen yang dimiliki produksi di Korea adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan bajet yang dimiliki produksi tempatan.
Dan perbezaan itu bukan dua atau tiga kali ganda, tetapi mencecah 20 kali ganda (RM887,000 setiap episod). Malah ada juga yang boleh mencecah sehingga 80 kali ganda dengan anggaran bajet sehingga RM3 juta setiap episod jika nilai won tersebut ditukarkan dengan nilai Ringgit Malaysia.


Perbezaan bajet ini menyebabkan produksi Malaysia tidak mampu untuk menyewa atau menghasilkan lokasi penggambaran seperti set game penuh me
“Sebab itu la produksi Malaysia tak mampu nak sewa studio hospital mahal-mahal, tak mampu buat set game penuh mencabar beriya-iya, ambil pelakon pun kadang-kadang senduk kayu tapi pengikut ramai di Instagram. Demi mencuba untuk merealisasikan karya kepada penonton.
Karya yang macam mana? Yang sesuai dengan bajet.”
Disebabkan itulah pengkarya sentiasa menghasilkan kisah cinta, kerana cinta itu murah pembuatannya dan tak perlu pening kepala. Ada sahaja pengkarya yang memiliki idea yang menarik, namun terhad dek bajet yang ada.
BACA: “Ingatkan Tak Wujud” – Pemilik Nombor Telefon Tertekan Dihujani Panggilan Peminat ‘Squid Game’
Metaforanya seperti ‘imaginasinya lebih tinggi dari Gunung Everest, namun bajet hanya serendah pohon cili.’
Beliau turut menegur mereka yang mengkritik drama Melayu sedangkan langsung tidak menonton drama Melayu. Dan pada hakikatnya ada sahaja drama-drama yang mengisahkan masyarakat dan kehidupan di stesen televisyen tempatan tetapi tidak ditonton.
Sekadar berkongsi pengalaman agar semua mampu menambah ilmu, Amor Rizan yang juga merupakan pengarah Hilang Yang Kembali, Angkara Cinta, Terlerai Noktah, Misteri Mona dan Inai Yang Hilang sempat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada penonton setia drama Melayu.
Sumber: Amor Rizan
Trending now



