Kes Pembuuhan Gabby Petito

Kronologi Kehilangan & Pembunuhan Gabby Petito, Tunang Sebagai Suspek Utama Diburu

Sejak minggu lalu, kehilangan seorang wanita bernama Gabby Petito, 22 tahun hangat diperkatakan.

Sejak Jun 2021, Petito dikatakan mengembara bersama kekasih dan tunangnya, Brian Laundrie yang merupakan suspek utama dalam kes ini. Laundrie bagaimanapun kembali ke rumah mereka di North Port, Florida awal bulan ini tanpa Petito dan enggan bercakap dengan pihak berkuasa.

Kes Pembunuhan Gabby Petito 14BC

Ibu bapa Laundrie kemudiannya memberitahu pihak polis suspek telah meninggalkan rumah bersama beg galas pada 14 September dan menurut satu sumber terdekat dengan keluarga Laudrie, suspek keluar meninggalkan rumah tanpa telefon dan dompet.

Bagi memudahkan anda memahami kes ini, berikut merupakan kronologi dan garis masa kes kehilangan dan pembunuhan Petito.

Jun 2021

Keduanya memulakan perjalanan mengembara menggunakan van putih Ford milik Petito ke West Coast dan merancang untuk melawat daerah dan taman negara di seluruh Amerika Utara dan teruja berkongsikan perjalanannya di media sosial dan keluarga.

Sepanjang perjalanan kembara tersebut, Petito terus berhubungan dengan keluarganya namun komunikasi tersebut secara tiba-tiba terhenti sekitar akhir Ogos.

12 Ogos 2021

Pada tarikh ini, polis Moab, Utah bertemu keduanya yang mana pertemuan tersebut disifatkan pegawai polis berkenaan sebagai krisis yang membawa kepada pergaduhan fizikal.

Biarpun begitu, keduanya dilaporkan pegawai sebagai pasangan yang saling mencintai dan tidak mahu mana-mana pihak didakwa dengan kesalahan jenayah.

Rakaman dari kamera badan pegawai polis bertugas.

B62C5FEF-3882-4211-998F-52E4B0ED5942 86292FA7-8FCE-4E0B-903C-A3C6E4B159C1

Pegawai kemudiannya mencadangkan pasangan berkenaan berpisah untuk semalaman dengan merujuk kepada laporan Petito keliru dan beremosi. Dan selepas menilai keseluruhan keadaan, pegawai mengatakan mereka tidak percaya situasi akan bertukar ke tahap serangan domestik tetapi kepada krisis kesihatan mental.

Tiada dakwaan dikeluarkan pada ketika itu.

Dalam satu rakaman audio dari kecemasan 911, seorang telah melakukan panggilan kecemasan melaporkan berlakunya serangan domestik dan menggambarkan ia berlaku dalam sebuah van putih dengan nombor plat Florida.

“Lelaki berkenaan menampar gadis dan kemudiannya kami berhenti. Mereka ‘berlari’ di bahagian tepi jalan dan lelaki tersebut terus memukul gadis tersebut, masuk ke dalam kereta dan keduanya beredar.”

Akhir Ogos 2021

24 Ogos – Petito berhubung dengan ibunya menerusi panggilan video FaceTimes dan memberitahu beliau akan meninggalkan Utah dan menghala ke bahagian Teton, Wyoming.

25 Ogos – Petito masih berhubung dengan ibunya dalam beberapa tukaran hantaran mesej. Keluarga Petito percaya bahawa anak mereka berada di Tetons pada tarikh berkenaan.

27 Ogos – Menerusi pertukaran hantaran mesej antara Petito dan ibunya, keluarga Petito percaya pada tarikh berkenaan Petito masih di Tetons.

30 Ogos – Keluarga menerima hantaran mesej terakhir daripada Petito “Tiada rangkaian di Yosemite” yang diragui mereka ia dihantar oleh gadis berkenaan.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Baker mendakwa beliau dan kekasihnya menumpangkan Laundrie pada 29 Ogos di Wyoming yang memberitahu kepada mereka bahawa beliau berkhemah sendiri selama beberapa hari di satu lokasi di luar Grand Teton National Park berhampiran Snake River sementara Petito di van dan mengendalikan media sosial.

Namun selepas mendapati destinasi Baker dan kekasihnya ialah Jackson Hole dan bukannya Jackson, Laundrie kelihatan gelisah dan meminta mereka memberhentikan kenderaan di Jackson Dam.

Seorang lagi individu, Jalovec mendakwa beliau menumpangkan Laundrie tidak jauh dari Jackson Lake Dam pada hari yang sama; beberapa minit selepas Baker menurunkannya menuju ke kawasan perkhemahan Spread Creed di mana mayat Petito ditemui kemudiannya pada 19 September 2021.

Menurut Jalovec, Laundrie memberitahu beliau dan tunangnya memiliki blog kembara dan maklumat yang diberikan sama seperti yang diberitahu pada Baker.

September 2021

1 September – Laundrie pulang ke rumah mereka yang turut didiami ibu bapanya menaiki van putih milik Petito.

11 September – Setelah gagal menghubungi Petito, keluarga Petito yang tinggal di New York melaporkan kehilangannya di Suffolk County, NY. Pihak berkuasa North Port kemudiaannya pergi ke rumah Laundrie untuk bercakap dengan suspek dan keluarganya tetapi mereka menyerahkan kepada pihak peguam.

16 September – Dalam satu surat daripada pihak guaman keluarga Petito, mereka merayu kerjasama dan bantuan keluarga Laundrie bagi membantu siasatan. Namun keluarga Laundrie enggan memberikan jawapan.

17 September – Selepas beberapa hari merayu, keluarga Laundrie kemudiannya meminta polis datang ke rumah mereka dan berkongsi sejak 14 September suspek tidak dilihat.

18 September – Pihak berkuasa mula melancarkan pencarian suspek di Carlton Reserve dengan bantuan lebih 50 orang pihak berkuasa. Mereka juga percaya Petito berada di Grand Teton National Park sebelum komunikasi terakhir bersama keluarganya.

Kes Pembunuhan Gabby Petito

19 September – Satu tubuh ditemui dan pihak FBI percaya ia konsisten menunjukkan ia adalah Petito. Namun identiti belum dikenal pasti 100% sebagai Petito dan keluarga dipanggil untuk mengenal pasti penemuan tersebut.

20 September – Ibu bapa suspek disoal siasat di rumah mereka oleh FBI. Rumah mereka digeledah dengan surat waran dikeluarkan.

21 September – Mayat disahkan sebagai Petito berdasarkan tatu pada badan mayat. Punca kematian masih belum dikenal pasti.

C17D5524-583E-4192-BBC9-CBE3FCCD7CFD

23 September – Sementara pihak berkuasa meneruskan carian suspek di Carlton Reserve, FBI mengumumkan waran tangkap telah dikeluarkan untuk penahanan Laundrie susulan daripada penggunakan peranti tidak dibenarkan selepas kematian Petito.

Dan menurut dakwaan tersebut, antara 30 Ogos hingga 1 September, suspek didapati menggunakan kad debit dan PIN akaun yang bukan miliknya. FBI masih menyiasat fakta mengenai kes kematian Petito.

BACA: Kes Pembunuhan Maarof Zakaria, Pengusaha Bank Melayu Pertama Yang Masih Misteri