Pelajar Sekolah Antarabangsa Jual Gambar Bogel Bawah Umur

Pelajar Sekolah Didakwa Raih Ribuan Ringgit Jual Gambar Bogel Gadis Bawah Umur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular di laman sosial berhubung dakwaan dua pelajar sekolah antarabangsa meraih wang ribuan ringgit dengan menjual gambar dan video bogel gadis bawah umur dalam platform sembang berkumpulan.

Menerusi sumber FMT, mangsa mengatakan gambar lucah diedar tanpa persetujuan mereka dan dijual pada harga RM10 hingga RM25  menerusi laman sembang Discord dengan ratusan individu.

Mangsa yang berusia 17 tahun mengatakan insiden tersebut mengakibatkan dirinya dan rakan-rakan berasa ‘dicabul, jijik dan ketakutan’.

Mangsa menyedari gambarnya diedarkan di satu laman sembang kira-kira dua minggu lalu, oleh dua pelajar dari sekolah antarabangsa berusia 16 tahun.

Katanya, seorang pelajar lelaki mengongsikan gambarnya menggunakan server Discord, apabila menukarkannya dengan gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, yang sebenarnya telah diedit namun kelihatan tulen.

Dilaporkan, penyebar turut menghantar gambar bogel membabitkan mangsa berusia 15 dan 16 tahun di laman Instagram. Turut dikongsikan senarai harga yang diedarkan mereka yang terlibat.

Telegram Lubuk Lucah Malaysia, Ramai Mangsa Gadis Bawah Umur
Sumber: FMT

Malah, pelajar terbabit didakwa turut mengakui menyebarkan gambar gadis bawah umur dengan menyiarkan video ‘pengakuan’ berdurasi satu minit 54 saat.

 

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur ambil serius siasatan kes

Menerusi sumber yang sama, Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) melancarkan siasatan dalaman ke atas dakwaan dua pelajarnya terbabit dalam kes tersebut.

“ISKL mengambil perkara ini sangat serius dan sedang menjalankan siasatan dalaman dengan semua pihak berkaitan untuk membuktikan faktanya.

“Disebabkan privasi semua pihak terbabit, ISKL tidak akan mengulas lanjut berhubung perkara ini,” kata sekolah itu.

Pelajar Sekolah Antarabangsa Jual Gambar Bogel Bawah Umur

Polis belum terima laporan kes

Dalam pada itu, sehingga kini Polis Daerah Wangsa Maju belum menerima laporan berhubung kes terbabit.

“Setakat ini (Rabu) kita belum terima apa-apa laporan berkenaan dakwaan kejadian itu,” ujar Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Sementara itu, salah seorang mangsa mengatakan sedang merangka surat untuk dihantar kepada ahli politik ‘yang terkenal berkewibawaan dan memperjuangkan mangsa rogol serta hak wanita’ bagi mendapatkan nasihat dan bantuan susulan.

BACA: Telegram Lubuk Lucah Malaysia, Ramai Mangsa Gadis Bawah Umur

Sumber: FMT, Sinar Harian