Suka Tayang Gaya Hidup Mewah & Beli Semua Apartmen Di 2 Tingkat Burj Khalifa, Jutawan Ini Dilapor Sudah Jatuh Miskin 1

Suka Parti, Tayang Gaya Hidup Mewah & Beli Semua Apartmen Di 2 Tingkat Burj Khalifa, Jutawan Ini Dilapor Sudah Jatuh Miskin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suka tayang gaya hidup mewah dan beli semua apartmen di dua tingkat Burj Khalifa, jutawan dilapor sudah jatuh miskin.

Bermula sebagai peniaga krim Nivea di Abu Dhabi, ahli pernigaan dari India B.R Shetty atau nama sebenarnya Bavaguthu Raghuram Shetty dilaporkan semakin hilang asetnya apabila menanggung lebih USD4 bilion (RM16.75 bilion) hutang tersembunyi.

Pada tahun 2019, Frobes menyenaraikan nilai BR Shetty sebanyak USD 3.15 bilion, namun awal tahun pendedahan satu firma penyelidikan, Muddy Waters mengenai jumlah hutang beliau nyata mengejutkan ramai.

BR Shetty terkenal sebagai seorang ahli perniagaan ultra-kaya yang sering kali menunjukkan wang tunai, kereta mewah dan apartmen mewah miliknya di seluruh tingkat 100 dan 140 di bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa bernilai USD 25 juta (RM104.66 juta) kepada umum.

BACA: Bukan Biasa-Biasa, Ini Identiti Sebenar Pramugari Yang Berdiri Di Puncak Burj Khalifa Dalam Iklan Tular Emirates Airline

Suka Tayang Gaya Hidup Mewah & Beli Semua Apartmen Di 2 Tingkat Burj Khalifa, Jutawan Ini Dilapor Sudah Jatuh Miskin 3
Sumber: The Times

Semasa pembelian apartmen di bangunan pencakar langit tersebut, BR Shetty memberitahu media untuk melakukan pembelian apartmen mewah di Burj Khalifa, beliau terpaksa menunggu lebih lima jam dan daripada membeli satu unit apartmen, beliau telah membeli keseluruhan apartmen di tingkat tersebut kerana lokasinya.

Ditanya mengapa membeli kesemua apartmen yang ada di tingkat tersebut, BR Shetty menjelaskan ia adalah untuk mengadakan parti dan tiada niat untuk menjualnya biarpun kadar keuntungan yang dimiliki adalah tinggi.

Gaya hidup mewah beliau tidak terhad di situ. BR Shetty juga dilaporkan memiliki jet peribadi dengan membayar USD4.2 juta kepada jutawan Oman, Puthan NC Menon untuk memiliki 50% pemilikan jet peribadi Puthan.

Suka Tayang Gaya Hidup Mewah & Beli Semua Apartmen Di 2 Tingkat Burj Khalifa, Jutawan Ini Dilapor Sudah Jatuh Miskin 2
Sumber: SCMP

Namun mahu membersihkan namanya yang dikatakan menanggung jumlah hutang yang besar, BR Shetty menegaskan bahawa tandatangan beliau telah disalah guna tanpa persetujuan atau pengetahuannya.

Ini gaya hidup BR Shetty, bagaimana pula dengan gaya hidup jutawan yang dikatakan paling kedekut di dunia?

Seorang jutawan yang dikenali sebagai Aimee Elizabeth, 50 tahun mengaku beliau sangat kedekut untuk membelanjakan walaupun satu sen untuk sesuatu yang tidak diperlukan dan berusaha untuk menabung.

Memiliki nilai kekayaan bersih sekitar USD5.3 juta (+-RM21.5 juta) pada 2020, Aimee turut mendedahkan beliau sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan wang dalam kehidupan sehariannya.

Antaranya menghidupkan pemanas air selama 22 minit setiap hari untuk mandi pagi, menggunakan span basuh pinggan dalam tempoh yang lama dan hanya mengelap pisaunya dengan menggunakan kain.

Baca lanjut di: Nak Jimat Punya Pasal, Jutawan Paling Kedekut Di Dunia Sanggup Makan Makanan Kucing