Gunakan Kelab Peminat Untuk Kepentingan Politik, Pelakon Popular Tamil Fail Saman Terhadap Ibu Bapanya 2

Guna Kelab Peminat Untuk Kepentingan Politik, Hero Tamil Fail Saman Terhadap Ibu Bapanya

Gunakan kelab peminat untuk kepentingan politik, hero Tamil fail saman terhadap ibu bapanya.

Para peminat filem Tamil di Malaysia pasti mengenali Thalapathy Vijay atau lebih dikenali sebagai Vijay. Merupakan salah seorang pelakon Tamil paling popular dan dibayar dengan bayaran tinggi, Vijay memiliki pengaruh yang luar biasa di India.

Thalapathy Vijay

Mungkin kerana itu jugalah ibu dan bapanya mengambil kesempatan terhadapnya bagi meluaskan pengaruh politik mereka.

Susulan itu, Vijay telah memfailkan saman terhadap 11 orang termasuk ibu bapanya, SA Chandrasekar dan Shoba.

Gunakan Kelab Peminat Untuk Kepentingan Politik, Pelakon Popular Tamil Fail Saman Terhadap Ibu Bapanya 1
Sumber: Times of India

Saman yang difailkan di mahkamah bandar mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengizinkan namanya digunakan untuk mengatur pertemuan dan perhimpunan umum.

Malah dalam saman tersebut juga dinafikan kenyataan ayahnya bahawa beliau berminat dengan dunia politik sekaligus mendaftarkan parti di bawah namanya.

“Saya memberitahu peminat dan masyarakat, bahawa tidak ada hubungan antara parti politik yang dimulakan oleh ayah saya dan saya sama ada secara langsung atau tidak langsung.”

Chandrasekar menamakan Shoba sebagai bendahari parti sementara ahli keluarganya yang dikenali sebagai Padmanabhan sebagai presiden.

Dalam satu kenyataan umum, Shoba pernah memaklumkan bahawa suaminya tidak pernah meminta kebenaran daripada Vijay sebelum menggunakan kelab peminatnya untuk kepentingan politik.

BACA: ‘Master’: Filem Aksi Lakonan Hero Tamil Popular Vijay Kini Di Pawagam

Menjawab kepada kenyataan Vijay, Chandrasekar mengatakan tiada keluarga yang tiada masalah, namun pada akhirnya perbezaan (hubungan ayah dan anak lelaki) itu akan diperbaiki kelak.

Kes dimaklumkan akan didengarkan di mahkamah Isnin 27 September ini.

Sementara itu, Vijay dimaklumkan baru sahaja menamatkan penggambaran filem thriller Tamil, Beast, arahan dan tulisan oleh Nelson Dilipkumar yang dijangka akan memasuki pawagam semasa perayaan Pongal tahun hadapan.