
Fenomena Tengahari Tanpa Bayang Di Garisan Khatulistiwa Khamis Ini
Khamis (23 September) ini menjadi tarikh di mana penduduk di kawasan yang terletak di atas garisan Khatulistiwa berpeluang menyaksikan fenomena tengahari tanpa bayang kerana kedudukan matahari berada tegak di atas kepala pada ketika itu.

Fenomena yang dipanggil sebagai ekuinoks ini bagaimana pun tidaklah berlaku di seluruh dunia sebaliknya untuk kali ini kawasan yang akan mengalaminya ialah Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador.
Dijangka akan berlaku selama satu hari bermula jam 3.21 pagi, dalam tempoh ini, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing sepanjang 12 jam.
Di Pontianak, selalunya fenomena ini berlaku dua kali setahun pada setiap September dan kebiasaannya pada ketika itu akan adanya festival bagi meraikannya.

Pada ketika itu, Pontianak biasanya akan menerima peningkatan jumlah pelancong tempatan dan luar negara yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan fenomena luar biasa tersebut di sana.

Cara paling biasa untuk melihat sendiri fenomena tanpa bayang ini ialah dengan menggunakan objek tegak seperti kayu yang boleh didirikan.
Objek kemudiannya akan diletakkan di permukaan yang rata sebelum diperhatikan sesuai mengikut jam yang telah ditentukan.
Di Malaysia, fenomena tengahari tanpa bayang sudah pun berlalu pada 20 Mac lalu.
Sebelum itu, anda rasa fenomena telur berdiri ketika gerhana adalah mitos atau tidak?
Tanggal 26 Disember 2019, seluruh penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus atau cincin. Bukan sahaja manusia terpegun dengan fenomena alam ini, ia turut mempengaruhi perilaku haiwan.
Beberapa tempat yang menjadi tumpuan untuk melihat fenomena ini digunakan untuk program cerapan gerhana matahari. Sering dikaitkan apabila berlaku gerhana, telur ayam tegak berdiri ekoran kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.
Bagaimanapun, fenomena yang dikatakan telur ayam tegak berdiri itu hanyalah mitos yang sering berlegar-legar dalam masyarakat dan turut dilaporkan secara meluas di akhbar-akhbar perdana.
Baca lanjut: Fenomena Telur Berdiri Ketika Gerhana Hanyalah Mitos?
Trending now



