Pakar Bedah Malaysia Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat

Pakar Bedah Malaysia Ini Menang Anugerah Antarabangsa, Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat Dan Selamat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakar Bedah Malaysia Ini Menang Anugerah Antarabangsa, Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat Dan Selamat.

Amalan berkhatan memang sinonim dengan umat Islam di Malaysia namun kini ia tidak menghalang masyarakat beragama lain daripada turut sama mengamalkannya kerana baik untuk tujuan kebersihan dan kesihatan.

Siapa sangka lelaki berbangsa Cina, Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, merupakan seorang pakar bedah plastik baru-baru ini telah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi ciptaan peralatan berkhatan paling cepat iaitu dalam masa seminit sahaja!

Difahamkan, alat rekaannya itu bukan sahaja efisyen bahkan ia selamat digunakan selain kos penghasilannya rendah di seluruh dunia.

Inovasi yang diberi nama Circumstar-1 itu merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Canada pada 28 Ogos lalu.

Pakar Bedah Malaysia Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat
Sumber: Kosmo

Circumstar-1 juga dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara.

Turut meraih pingat emas di Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.

Menurutnya, ciptaan alat berkhatan itu mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan. Ia adalah 100 peratus produk buatan tempatan dan ia diilhamkan dari peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini dan mendapat sentuhan yang ditambah baik menjadi lebih efisyen.

Circumstar-1 hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan berkhatan yang dicipta Siew Kuang sebelum ini iaitu tiga minit dan ia tanpa jahitan.

Pakar Bedah Malaysia Cipta Alat Berkhatan Paling Cepat
Sumber: Kosmo

“Ia adalah selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga agak cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan,” katanya.

Beliau turut berharap inisiatifnya itu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.

BACA: Alami Cacat Kekal Alat Kelamin, Remaja Peroleh Pampasan RM150 Ribu

Sumber: Berita Harian