D48E4574-5C76-4060-9D0D-C2FE3BAC2DC9

Master Catur Saman Netflix RM20.86 Juta Kerana Salah Siar Fakta Dalam Siri The Queen’s Gambit

Master catur saman Netflix RM20.86 juta kerana salah siar fakta mengenai beliau di dalam satu siri Netflix.

Biarpun berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan penonton dunia, siri Netflix The Queen’s Gambit dilaporkan telah disaman oleh seorang master catur dunia, Nona Gaprindashvili.

Master Catur Nona Gaprindashvili Saman Netflix
Sumber: The New York Times

Saman yang menamakan Netflix itu adalah atas dakwaan Netflix telah memberikan fakta salah mengenai beliau dalam satu episod siri berkenaan iaitu bertanding catur dengan lelaki.

BACA: Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Kumpulan Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak

Menurut Gaprindashvili, dalam episod yang dikatakan pada tahun 1968 itu, beliau tidak pernah bertanding dengan peserta lelaki, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

7AFD705A-FF4F-4691-BE39-0D0BE1A83286
Sumber: Chess Base

Kes 25 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Persekutuan Los Angeles pada 16 September lalu mengatakan ‘Netflix secara terangan sengaja berbohong mengenai pencapaian Gaprindashvili dengan tujuan sinis bagi menaikkan drama untuk menjadikan hero fiksyen berjaya melakukan apa yang tidak dilakukan oleh wanita lain termasuk Gaprindashvili’ selain daripada ‘tuduhan Gaprindashvili tidak pernah menghadapi (bertanding) lelaki jelas palsu, terlalu seksis dan merendahkan’ dan mengatakan skrip tersebut berubah daripada buku yang diadaptasi.

Gaprindashvili memfailkan saman bernilai USD5 juta (RM20.86 juta) sebagai pampasan dan pembuangan kenyataan yang mengatakan beliau tidak pernah bertanding dengan lelaki.

Pada episod terakhir, pengulas ada menyebut nama Gaprindashvili semasa menggambarkan Harmon.

Netflix bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sebagai ‘tiada merit’ kerana ia adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau dan kerjayanya.

Master Catur Nona Gaprindashvili Saman Netflix
Gaprindashvili semasa bertanding di Kongres Catur Antarabangsa di London pada 1964. Sumber: Getty Images

The Queen’s Gambit dihasil berdasarkan sebuah novel fiksyen yang ditulis Walter Tevis pada tahun 1983 yang mana watak utamanya adalah Beth Harmon (lakonan Anya Taylor-Joy).

Sumber: BBC