
‘Within’: Krisis Ekonomi Jadi Punca Banyak Kes Rumah Didiami Penghuni Misteri
Disebakan krisis ekonomi yang melanda dunia, 2008 menyaksikan peningkatan dalam kes orang asing yang tinggal di kediaman bukan milik mereka tanpa diketahui tuan rumah.
Mengambil inspirasi ini, sebuah filem bergenre seram telah dihasilkan pada tahun 2016 dengan arahan Phil Claydon yang dilakonkan oleh Michael Vartan, Erin Moriarty, Nadine Velasquez dan Blake Jenner iaitu Within.
Turut dikenali dengan tajuk Crawlspace, filem ini pada awalnya mungkin disalah sangka sebagai sebuah filem berunsurkan hantu apabila satu demi satu misteri mula berlaku di sana.
Namun kebenaran mula terungkap apabila isi rumah berkenaan menyedari bahawa adanya individu lain yang menumpang secara haram di rumah mereka, tanpa disedari.
Di ruangan tersebut, memang secara logiknya tidak menjangkakan manusia boleh tinggal di sana, kerana kawasannya yang sempit menyebabkan individu perlu merangkak di sana, dan bukannya berjalan seperti biasa.
Dengan tagline “you can’t keep out what’s already inside”, filem ini mampu membuatkan kita paranoid terhadap ruang yang ada di kediaman sendiri.
Untuk merasai sendiri perasaan berdebar yang pernah berlaku semasa krisis ekonomi ini, anda boleh tonton filem ini di Netflix. Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer di pautan bawah:
Salah satu filem yang turut berkisar mengenai penghuni tidak diundang di Netflix yang boleh anda tonton ialah Aftermath.
Dengan plot yang membuatkan penonton tak senang duduk, Aftermath mengisahkan mengenai hubungan pasangan yang menanti belah, Kevin dan Natalie yang mencari solusi untuk mengembalikan semula keharmonian rumah tangga mereka.
Kevin bekerja sebagai pencuci tempat jenayah akhirnya memutuskan untuk berpindah ke rumah yang baru sahaja beliau cuci di mana kejadian seorang suami menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri.
Namun selepas sahaja berpindah ke rumah berkenaan, banyak perkara aneh mula berlaku. Antaranya dikejar individu misteri dan anjing mereka sakit diracun.
Baca lanjut: Ada Penghuni Tidak Diundang, Ini Kisah Seram Sebenar Di Sebalik Filem ‘Aftermath’
Trending now



