Di Sebalik Bentuk Unik Telinga Khabib Nurmagomedov

Di Sebalik Bentuk Unik Telinga Kanan Khabib Nurmagomedov

Di sebalik bentuk unik telinga kanan Khabib Nurmagomedov.

Terkenal dengan nama ‘The Eagle’, petarung seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mencipta sejarah tersendiri apabila memegang kemenangan berterusan paling lama dalam sejarah penglibatannya dalam dunia sukan ini selain daripada merupakan orang Islam pertama yang memenangi gelaran UFC.

Di Sebalik Bentuk Unik Telinga Khabib Nurmagomedov
Sumber: SportCasting

Dengan fizikal yang agak kecil jika dibandingkan dengan petarung lain, adakah anda perasan mengenai kondisi telinga kanan beliau yang sedikit berbeza?

Untuk pengetahuan anda, keadaan telinga kanan Khabib yang bergumpal dan bergelombang itu dikenali sebagai cauliflower ear yang mana darah terperangkap di bahagian telinga yang mengalami trauma akibat pukulan berulang kali.

Khabib Atlet Termahal UFC

Walaupun kondisi ini biasanya tidak berbahaya, namun kadang-kadang ia boleh menyebabkan kesakitan kerana gelembung ini boleh meletup biarpun impak pukulan yang diterima tidaklah terlalu kuat.

Ini kerana telinga dipenuhi dengan saluran darah dan bukannya tulang dan sekiranya pecah, ia boleh menghentikan aliran darah ke telinga dan menyebabkan jangkitan yang boleh menyebabkan isu tisu mati.

Apabila ini berlaku, perlawanan akan terpaksa dihentikan untuk doktor memberikan rawatan kepada kecederaan.

Jika tidak dirawat, ia mampu membawa kepada keadaan penyakit yang lebih teruk antanya hilang deria pendengaran, sakit kepala dan kabur penglihatan.

Seperti yang pernah berlaku kepada Leslie Smith di UFC 180 pada tahun 2014 selepas telinga ditumbuk pihak lawannya, Jessica Eye. Perlawanan terpaksa dihentikan biarpun Smith tetap mahu meneruskan perlawanan dan marah mengenai keputusan tersebut.

Terdahulu, Khabib juga terkenal sebagai personaliti yang lantang menyuarakan pendapatnya kepada umum. Antara yang pernah beliau kritik ialah mengenai keperluan ring girl dalam sukan mempertahankan diri.

Menurut Khabib, kehadiran ring girl adalah hanya berbentuk hiburan dan ia adalah sesuatu yang tidak diperlukan dalam sukan tersebut.

“Saya tidak akan memaksa anda, kalian ada pandangan sendiri. Pada pandangan saya, mereka tidak diperlukan. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

Adakah mereka yang memajukan sukan ini? Atau mereka membantu orang melihat pada pusingan kedua? Apa yang mereka lakukan? Bagi tahu saya.”

Baca lanjut di: Ketua ‘Ring Girl’ Bidas Kenyataan Khabib Anggap Mereka Tak Berguna Dalam MMA

Sumber: The Sun UK, Sport Casting