Serah Diri Selepas 30 Tahun Lari Penjara Angkara COVID-19

Terseksa ‘Lockdown’, Lelaki Serah Diri Selepas 30 Tahun Lari Dari Penjara

Seorang lelaki yang melarikan diri dari sebuah penjara Australia sekitar tahun 1990an menyerah diri selepas 30 tahun berjaya mengelak dikesan.

Media melaporkan, Darko Desic yang kini berusia 64 tahun memutuskan untuk menyerah diri ke sebuah balai polis kerana tidak tahan dengan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan dirinya kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal.

Polis New South Wales berkata, lelaki itu menggunakan gergaji besi dan pemotong dawai untuk melarikan diri dari penjara di utara Sydney pada 1992.

“Antara jam 7 malam hari Jumaat 31 Julai dan 7 pagi Sabtu, 1 Ogos 1992, seorang lelaki berusia 34 tahun melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan di Hoof Street di Grafton.

“Ketika itu, usaha mencari suspek tidak berjaya dan dia dipercayai berjaya mengelak dikesan pihak berkuasa selama 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Dia dipenjara atas tuduhan ‘menanam tanaman terlarang’ dan dihukum penjara selama 3.5 tahun namun berjaya meloloskan diri ketika menjalani hukuman selama 13 bulan.

Serah Diri Selepas 30 Tahun Lari Penjara Angkara COVID-19

Menurut laporan media, sejak perintah berkurung dilaksanakan di Sydney pada bulan Jun, Desic kehilangan pekerjaannya sebagai buruh.

Dia yang pada waktu itu menjadi gelandangan di sepanjang pesisiran pantai di Utara Sydney tiba-tiba berasa rindu tidur berbumbungkan atap, lalu memutuskan untuk kembali ke penjara.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia dituduh larikan diri dari penjara dan berdepan hukuman penjara selama 7 tahun selepas permohonan jaminnya ditolak.

Desic mengakui bahawa selama 30 tahun bebas di luar sebagai pelarian penjara, dia sama sekali tidak bertembung dengan polis. Walaupun begitu, namanya pernah muncul dalam ‘Australia Paling Dikehendaki’, sebuah program TV mengenai jenayah yang disiarkan hingga tahun 1999.

BACA: Bak ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel

Sumber: Yahoo News