Bahan Konkrit Di Marikh Dari Darah Manusia, Air Mata Dan Peluh

Campuran Darah, Peluh Dan Air Mata Manusia Untuk Hasilkan Bahan Konkrit Di Marikh

Saintis telah menghasilkan konkrit khas yang diperbuat daripada protein campuran daripada darah manusia, urin, peluh dan air mata bersama debu kosmos untuk membina penempatan koloni manusia di Marikh.

Dikenali sebagai AstroCrete, inovasi itu diilhamkan oleh saintis dari University of Manchester yang mencipta bahan konkrit itu bagi mengatasi masalah dan kos menghantar peralatan bahan binaan ke angkasa lepas.

Menghantar satu biji batu bata ke Marikh akan menelan belanja AS$2 juta (RM8.3 juta). Justeru, jurutera perlu memikirkan cara lain untuk menghasilkan bahan konkrit yang sesuai dengan persekitaran di sana menggunakan bahan yang ada di angkasa.

Penyelidik mendapati, bahan konkrit itu mampu mencantumkan tanah di bulan atau Marikh dengan 300 peratus lebih kuat daripada konkrit biasa yang mana ia mampu menahan keadaan cuaca yang luar biasa di ruang angkasa.

Penggunaan protein biasa yang terdapat dalam plasma darah, dikenali sebagai albumin serum manusia yang akan bertindak sebagai pelekat debu kosmik.

Bahan Konkrit Di Marikh Dari Darah Manusia, Air Mata Dan Peluh
Sumber: Martial Today Bio

Proses seterusnya menambahkan air kencing, peluh dan air mata mampu meningkatkan kekuatan binaan konkrit.

Salah seorang saintis yang terlibat dalam penyelidikan itu, Dr Aled Roberts menjelaskan bahawa teknik baharu itu mempunyai kelebihan besar berbanding teknik pembinaan lain yang dicadangkan di Bulan dan Marikh.

“Saintis berusaha membangunkan teknologi bersesuaian bagi menghasilkan bahan seperti konkrit di permukaan Marikh, tetapi kita tidak pernah berhenti untuk berfikir bahawa jawapannya mungkin ada dalam diri kita selama ini,” jelasnya.

Menurut sumber, kaedah ini diambil inspirasi daripada teknik pembinaan kuno yang menggunakan campuran darah babi ke mortar kapur yang bertindak sebagai bahan pengikat dalam sejarah seni bina China.

Sebelum ini, penyelidik dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura mencadangkan penggunaan zat yang terdapat pada sisik ikan dan kulat dikenali sebagai chitin untuk membina habitat di Marikh.

BACA: Angkasawan Dibenar Jadi Kanibalisme Jika Bekalan Tak Cukup

Sumber: Sky News