Kapal Karam 3

Terdesak Mahu Susukan Anak, Ibu Sanggup Minum Air Kencing Sendiri Sebelum Meninggal Dalam Tragedi Kapal Karam

Terdesak mahu susukan anak, ibu sanggup minum air kencing sediri sebelum meninggal dalam tragedi kapal karam.

Satu kisah di Venezuela menjadi perhatian ramai apabila seorang ibu sanggup minum air kencing sendiri bagi menyusukan anak-anaknya yang masih kecil.

Percutian Mariely Chacon, 40 tahun bersama keluarganya pada 3 September bertukar tragedi apabila kapal mereka musnah dilambung ombak semasa dalam perjalanan ke sebuah pulau di Atlantik.

Kapal Karam 1
Kapal yang dinaiki.

Dalam kejadian itu, lima penumpang lain termasuk suaminya dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut dan yang hanya dijumpai dalam keadaan masih bernyawa ialah pengasuhnya serta dua anaknya masing-masing berusia enam dan dua tahun.

Kapal Karam 2

Marielyn semasa ditemui pegawai keselamatan pantai sudah didapati meninggal dunia tiga ke empat jam sebelum ditemui disebabkan dehidrasi dan luka terbakar tahap pertama, manakala tiga yang lain turut mengalami keadaan yang sama namun masih hidup.

Terdesak Mahu Susukan Anak, Ibu Sanggup Minum Air Kencing Sendiri

Terdesak Mahu Susukan Anak, Ibu Sanggup Minum Air Kencing Sendiri
Keempatnya yang ditemui bersama peti ais.

Keempatnya menyembunyikan diri di dalam peti sejuk  yang sudah hanyut 70 batu dari lokasi tragedi untuk mengelakkan diri dari cuaca panas selama empat hari sebelum ditemui pasukan penyelamat.

Saban tahun, tragedi kapal karam melibatkan sebuah feri Korea Selatan, MV Sewol yang membawa kira-kira 459 penumpang dan kru menyeberangi lautan dari Icheon ke Pulau Jeju yang karam pada 16 April 2014 dianggap sebagai tragedi maritim terburuk di Korea Selatan.

Telah meragut lebih daripada 300 nyawa, majoritinya merupakan pelajar sekolah menengah bersama guru-guru pengiring mereka bagi tujuan lawatan sekolah.

Susulan tragedi itu, timbul pelbagai konflik, pertikaian dan perdebatan dalam kalangan pakar, ahli politik dan masyarakat di Korea Selatan kerana ia dipercayai berlaku akibat daripada terlebih muatan dan berkemungkinan struktur feri yang kurang kukuh dan bergerak dalam keadaan pantas menjadi punca ia tenggelam walaupun cuaca ketika itu dilaporkan baik.

Baca lanjut di: Lawatan Bertukar Tragedi, Kisah Di Sebalik Feri Sewol Karam Di Korea Selatan

Sumber: Daily Mail