Dakwa Dapat Rawat Denggi, Harga Susu Kambing Di India Melonjak Hingga RM87Liter 2

Dakwa Dapat Rawat Denggi, Harga Susu Kambing Di India Melonjak Hingga RM87/Liter

Dakwa dapat rawat denggi, harga susu kambing di India melonjak hingga RM87 seliter.

Setakat hari ini, ratusan dilaporkan meninggal dunia selepas wabak demam denggi merebak di kawasan Uttar Pradesh, India yang mana 88 daripada 114 mangsa adalah kanak-kanak.

Susu kaming yang sebelum ini dijual dengan harga Rs50/liter (RM2.83) dikatakan telah melonjak naik kepada Rs1,500/liter (RM84.77).

Ia susulan satu kenyataan pengamal ayurveda tempatan di India yang percaya susu kambing dapat membantu melawan virus denggi dan menambah jumlah platelet biarpun tiada bukti saintifik yang menyokong idea ini.

Menurut seorang peniaga susu kambing, harga jualan berkenaan dinaikkan susulan berlakunya peningkatan permintaan yang diterima.

Dakwa Dapat Rawat Denggi, Harga Susu Kambing Di India Melonjak Hingga RM87/Liter
Sumber: Reuters

Selain daripada susu kambing, antara bahan lain yang disenaraikan ialah air kelapa, kiwi dan daun betik.

Sebelum ini, pelakon Bollywood terkenal, Akshay Kumar mendedahkan beliau mengamalkan meminum air kencing lembu pada setiap hari seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.

Biarpun pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti, beberapa ahli politik dari sayap kanan nasionalis Hindu kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Baca lanjut di: Akshay Kumar Dedah Amalkan Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari

Namun tidak berapa lama kemudian, Akshay disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani proses kuarantin di kediamannya.

Difahamkan, mereka hanya minum air kencing lembu dara kerana ia mempunyai ciri-ciri penyembuhan ketuhana yang suci. Selain itu, air kencing lembu turut dikomersial untuk produk mengeluarkan titis ubat mata, penyakit perut, ubat gigi, sabun mandi dan pelbagai lagi.