Siapa Pemburu Dalam ‘Prey’ Dan Apa Motifnya 2

Siapa Pemburu Dalam ‘Prey’ Dan Apa Motifnya?

Siapa pemburu dalam Prey dan apa motifnya?

Prey (2021) merupakan sebuah filem thriller yang patut anda tonton jika anda meminati genre sebegini.

BACA: Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’

Dengan plot yang laju dan mudah difahami, filem ini tetap berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk untuk mengetahui pengakhirannya.

hC6SlNbLBe9CPzMUKDdyXbAz34A

Diarah dan ditulis oleh Thomas Sieben, filem lakonan David Kross, Hanno Koffler dan Maria Ehrich ini mengisahkan mengenai sekumpulan lelaki yang terdiri daripada lima orang kawan; Roman, Albert, Peter, Vincent dan Stefan yang menyelamatkan diri daripada pemburu yang tidak mereka kenali.

Satu per satu daripada mereka ditembak mati, namun mengapa semua ini berlaku masih lagi kekal misteri di pertengahan filem.

Ini kerana jelas kumpulan lelaki berkenaan tidak mengenali si pemburu apabila mereka berdepan dengannya.

Siapa Pemburu Dalam ‘Prey’ Dan Apa Motifnya

Sedikit spoiler, pemburu yang dikenali sebagai Eva itu memburu mana-mana kumpulan lelaki yang masuk ke hutan berkenaan sebagai perbuatan membalas dendam atas kematian anaknya, Anne.

Tragedi Anne ditembak mati pengunjung mabuk menyebabkan Eva berdendam dengan mana-mana lelaki yang masuk ke hutan berkenaan.

Ternyata, Roman dan rakan-rakannya hanyalah mangsa keadaan kepada dendam si pemburu dalam filem Prey ini.

Untuk anda yang masih belum menonton, bolehlah menonton filem ini di Netflix. Sebelum itu, tonton dahulu trailer filem Prey ini di pautan bawah: