Sekitar 130 Warga Asing Tak Patuh SOP, Tular ‘Akak Pos’ Mengamuk Minta Adakan Penjarakan Fizikal 1

Sekitar 130 Warga Asing Tak Patuh SOP, Tular ‘Akak Pos’ Mengamuk Minta Adakan Penjarakan Fizikal

Hari ini tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang petugas di pejabat pos atau yang digelar netizen sebagai ‘akak pos’ telah mengamuk kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada warga asing yang hadir kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu melakukan penjarakan fizikal.

@pakaronline

Akak Pos dah mengamuk. Bangla serbu nak transfer duit. #fypmalaysia #fyp

♬ original sound – Pakar Online – Pakar Online

Kejadian yang berlaku di Pos Malaysia cawangan Klang itu adalah berpunca daripada kehadiran anggaran 130 orang warga asing yang datang untuk mengambil pasport yang telah diperbaharui.

Sekitar 130 Warga Asing Tak Patuh SOP, Tular ‘Akak Pos’ Mengamuk Minta Adakan Penjarakan Fizikal

Dalam satu siaran media, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan lebih kurang jam 8.30 pagi, mereka menerima panggilan telefon daripada Pengurus Pejabat Pos Klang yang memaklumkan ada sekumpulan besar warga asing telah berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen Klang.

Keadaan menjadi tidak terkawal dengan ketidakpatuhan mereka untuk mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan dan tidak melakukan penjarakan sosial bagi mencegah penularan jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia.

Sekitar 130 Warga Asing Tak Patuh SOP, Tular ‘Akak Pos’ Mengamuk Minta Adakan Penjarakan Fizikal 2

Susulan itu, pasukan pematuhan SOP dari Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan yang diketuai Insp. Mohd Shaipudin bin Mohamed telah hadir ke lokasi kejadian bagi meredakan keadaan.

Untuk mengelak kejadian yang sama berlaku lagi, pasukan berkenaan telah ditugaskan di cawangan berkenaan.

Sekitar 130 Warga Asing Tak Patuh SOP, Tular ‘Akak Pos’ Mengamuk Minta Adakan Penjarakan Fizikal

Sebelum ini, tular video di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) yang memaparkan ratusan warga asing yang berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk in.

Bukan sahaja gagal mematuhi SOP penjarakan sosial yang ditetapkan, tetapi ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat.

Video ‘akak pos’ mengamuk tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai mengenai pemantauan pihak berkuasa memandangkan pemberian vaksin kini boleh dilakukan secara walk in.

Kejadian terbabit kemudiannya dilaporkan telah diambil tindakan segera polis untuk mengawal keadaan orang ramai yang hadir di situ.

Kecewa melihat SOP yang tidak teratur, sekumpulan tenaga pengajar Pusat Tuisyen Math Clinic Plus yang diketuai oleh Sir Shakib bertindak melakukan sendiri penanda penjarakan sosial di luar kawasan Pusat Pemberian Vaksin terbabit pada malam tadi.

Baca lanjut di: Elak PPV Bersesak Lagi, Cikgu Ini Turun Padang Buat Sendiri Kerja Pematuhan SOP