DE6ECCE3-2B1F-4106-A4FF-D87D5309296E

Peguam Ini Kongsi Pengalaman Banduan Akhir Yang Dijatuhkan Hukum Gantung Sampai Mati

Peguam ini kongsi pengalaman banduan akhir.

Banduan akhir adalah manusia yang boleh dikira sebagai beruntung kerana kumpulan ini mengetahui bila tarikh ajalnya tiba.

Banduan akhir ini terdiri daripada banduan yang melakukan jenayah berat yang mana hukumannya ditetapkan hakim selepas melalui proses kehakiman.

BACA: Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu

Selepas dijatuhkan hukuman oleh hakim, mereka akan diasingkan di dalam sel khas sementara menanti hari yang ditentukan. Pada ketika inilah, kebiasaannya mereka akan menghabiskan masa yang ada untuk beribadah sehingga ada yang tidak tidur malam memohon keampunan Tuhan.

Pengalaman Banduan Akhir

Menerusi satu hantaran di media sosial Facebook, seorang peguam Hasif Hasan berkongsi pengalaman berjumpa dengan anak guamnya, seorang banduan akhir yang telah dijatuhkan hukum gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi sementara menunggu rayuan di mahkamah rayuan dan persekutuan.

Antara yang dikongsikan anak guamnya ialah semua jenis lauk seperti ikan, ayam dan daging akan dibuang tulang terlebih dahulu kerana mungkin boleh menjadi ‘senjata merbahaya’bagi mencederakan mereka.

Pengalaman Banduan Akhir
Sumber: Jazwan Kahar

Ditempatkan dalam bilik seluasa 10×10 kaki lengkap tandas dan pili air, mereka diberikan sedikit privasi untuk keselesaan. Berus gigi yang digunakan bukan berus gigi biasa tetapi berus gigi sarung tanpa batang, seperti berus gigi bayi.

Selain daripada itum banduan akhir ini tidak diberikan kerja, hanya tidur dan bangun makan sahaja di samping masa satu jam sebelah pagi dan satu jam sebelah petang untuk keluar dari bilik tahanan dan bersosial bersama banduan akhir lain.

Untuk pertemuan bersama keluarga pula, hanya seminggu sekali di bilik perjumpaan yang dipisahkan dengan cermin.

Bercerita mengenai banduan dan penjara, ada kisah banduan tertua yang mahu kami kongsikan bersama anda.

Baca lanjut di: ‘Malu Dan Jijik Dengan Diri Kerana Rogol Anak Sendiri’ – Kisah Banduan Tertua Di Penjara Marang

Sumber: Hasif Hasan