Sungai Pisang Sesak Fasa 2 PPN

Netizen Bimbang Kes Naik Semula Selepas Lihat Suasana Sesak Di Sungai Pisang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen Bimbang Kes Naik Semula Selepas Lihat Suasana Sesak Di Sungai Pisang.

Memberi sedikit kelegaan bagi penduduk di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (Fasa 2 PPN) yang berkuat kuasa Jumaat lalu.

Peralihan ini memberi kelonggaran kepada penduduk lengkap menerima vaksin, termasuk kebenaran merentas daerah tanpa ada sekatan jalan raya.

Justeru, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi fasa ini membuatkan orang ramai tidak melepaskan peluang melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Hujung minggu lalu dilihat ramai mengambil kesempatan untuk keluar dari kepompong rumah dengan memilih aktiviti rekreasi di sekitar sungai, pantai, air terjun dan kawasan riadah lain di sekitar Lembah Klang.

Sungai Pisang Sesak

Mengejutkan, tular beberapa buah video yang memaparkan suasana di sekitar air terjun di Sungai Pisang, Gombak yang difahamkan ia diambil selepas peralihan Fasa 2 PPN.

Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan tersebut.

Suasana sesak itu memperlihatkan orang ramai tidak mampu melakukan SOP yang ditetapkan kerajaan.

@herkkkk

fasa 2 punya penangan 🤣 #fyp #rakyatmalaysia #keras

♬ suara asli – devioh – Devioh

Situasi tersebut memberi kebimbangan kepada netizen yang gusar kes bakal naik semula dan perlu melalui fasa-fasa perit sebelum ini.

“Pulang sahaja pergi hari lain, tak berbaloi risikokan diri.”

“Kenapa banyak tempat boleh pergi korang nak pergi sungai? Rasa masa PKP ramai mengadu nak jumpa mak ayah.”

“Elakkan pergi tempat sesak. Jaga diri masing-masing. Kalau orang sekeliling tak peka, kena peka untuk diri sendiri.”

Sungai Pisang Sesak Fasa 2 PPN
Sumber: Alifness

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, bersiap sedialah menghadapi kehidupan yang lebih mencabar lepas ni.”

“Kes pun duk tinggi maaf bercakap… hati sakit tengok. Sebab COVID-19 ni. Bukan main-main bila kes nak turun?”

“Harap tiada kluster Sungai Pisang.”

https://www.tiktok.com/@luxeynchann/video/7007028418063731995?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=7007028418063731995&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7007616538703857154

Dalam pada itu, turut gusar dengan kesesakan di sekitar kawasan tersebut berkemungkinan dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang merata.

Difahamkan, untuk ke air terjun Sungai Pisang memerlukan permit dari Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dan cuma had daya tampung seramai 100 orang seminggu.

Sementara itu, portal tempatan melaporkan polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi SOP terutama penjarakan fizikal.