‘Kate’ Filem Aksi Trending Di Netflix 3

‘Kate’: Filem Aksi Yang Trending Di Netflix

Baru sahaja ditayangkan dan trending di Netflix, filem aksi Amerika Syarikat, Kate arahan Cedric Nicolas-Troyan banyak menerima kritikan.

BACA: Filem Aksi Itali ‘The Beast’: Tonton Atau Tinggal?

Dilakonkan oleh Mary Elizabeth Winstead, Miku Martineau dan Woody Harrelson, filem ini mengisahkan mengenai Kate, seorang asasin yang ditugaskan untuk membunuh seorang ketua yakuza.

‘Kate’ Trending Di Netflix 1

Dalam misinya, kate menyedari yang beliau diracun dan hanya ada 24 jam sahaja untuk hidup.

Memaknakan baki kehidupannya dengan misi untuk membalas dendam, filem ini hanya menerima 42% rating di Rotten Tomatoes dan 2/5 daripada Common Sense Media.

‘Kate’ Filem Aksi Trending Di Netflix

Biarpun ramai yang memuji lakonan Winstead, namun rata-ratanya mengkritik tidak banyak elemen misteri ‘mengapa’ dalam filem ini menjadikan ia sebagai sebuah filem yang boleh diagak jalan ceritanya secara keseluruhan.

Malah ia juga disamakan atau dikatakan mengambil inspirasi daripada filem D.O.A lakonan Edmond O’Brien yang ditayangkan pada 1950 dengan tema yang sama – membalas dendam dengan baki masa hidup yang tersisa.

Tonton trailer filem aksi trending yang sudah ditayangkan di Netflix ini di pautan bawah:

Jika anda meminati genre sebegini, di Netflix juga ada beberapa filem yang boleh anda tonton seperti Xtreme. 

Diarahkan oleh Daniel Benmayor, ditulis oleh Teo Garcia, Ivan Ledesma dan Genaro Rodriguez, filem ini dibintangi oleh Oscar Jaenada, Sergio Peris-Mencheta dan Oscar Casas menarik untuk ditonton anda yang berminat dengan filem aksi ngeri.

Baca lanjut di: Filem Aksi Jenayah Sepanyol ‘Xtreme’ Antara Yang Menarik Ditonton