China Hadiahkan Kemboja ‘Stadium Kapal Gergasi Bernilai Lebih RM622 Juta 6

China Hadiahkan Kemboja ‘Stadium Kapal Gergasi’ Bernilai Lebih RM622 Juta

Sebagai strategi ‘diplomasi stadium’, China telah menghadiahkan Kemboja sebuah stadium kapal gergasi dengan nilai lebih RM622 juta (USD150 juta) di Phnom Penh.

BACA: China Terpaksa Tanggung Rugi Lebih RM83 Juta Lepas Patung Gergasi Yang Dibina Dibenci Penduduk Tempatan

Dianggarkan setinggi lima tingkat, stadium ini dikatakan mampu memuatkan lebih 60,000 penonton dalam satu-satu masa serta turut menempatkan padang bola sepak bertaraf antarabangsa, kolam renang ukuran Olimpik, trek larian, ruang latihan, gim tertutup dan pusat akuatik.

morodok techo national stadium
Sumber: Getty Images
morodok techo national stadium
Sumber: Getty Images

Menteri Luar China, Wang Yi secara rasminya telah menyerahkan kunci stadium kepada Kemboja  menerusi Perdana Menteri, Hun Sen dalam usaha China untuk membina pengaruh di seluruh dunia atau lebih dikenali sebagai rancangan ‘Belt and Road Initiative’.

Untuk pengetahuan anda, Morodok Techno National Stadium mula dibina pada tahun 2013 dengan dana yang dibiayai China, yang mana akan menjadi lokasi Sukan Asia Tenggara 2023 diadakan nanti.

China Hadiahkan Kemboja ‘Stadium Kapal Gergasi Bernilai Lebih RM622 Juta 5

China Hadiahkan Kemboja ‘Stadium Kapal Gergasi Bernilai Lebih RM622 Juta 4

China Hadiahkan Kemboja ‘Stadium Kapal Gergasi Bernilai Lebih RM622 Juta 1

Dengan bentuk seperti kapal, struktur setinggi 324 kaki ini memiliki hujung yang menyerupai haluan dan buritan yang diambil daripada sejarah orang-orang dari China yang biasa berlayar dengan kapal ke Kemboja beratus tahun lalu.

Bentuk haluan pada stadium kapal gergasi ini juga melambangkan ‘Sampeah’; kedua telapak tangan ditekan di depan dada dan menunduk – satu sapaan tradisional Kemboja bagi menunjukkan rasa hormat.

Sebelum ini, China terpaksa tanggung rugi lebih RM83 juta selepas patung gergasi yang dibina dibenci penduduk tempatan.

Baru sahaja siap dibina pada tahun 2016, patung gergasi Panglima Perang China, Guan Yu setinggi 190 kaki terpaksa dialihkan susulan daripada pembinaannya yang dilakukan secara haram.

Terletak di Jingzhou, China, patung gergasi yang dibina dengan kos lebih RM108 juta itu terpaksa dialihkan ‘sepotong demi sepotong’ ke tempat yang hanya berjarak 8km dari lokasi asalnya.

Perintah untuk mengalihkan patung berkenaan adalah pada  Disember 2020 susulan lokasinya melanggar peraturan di mana bangunan yang melebihi ketinggian 78 kaki tidak dibenarkan dibina.

Baca lanjut di: China Terpaksa Tanggung Rugi Lebih RM83 Juta Lepas Patung Gergasi Yang Dibina Dibenci Penduduk Tempatan

Sumber: Insider