Thailand Ujian COVID-19 Melalui Ketiak

Saintis Thailand Cipta Alat Pengesan COVID-19 Melalui Peluh Ketiak

Saintis Thailand Cipta Alat Pengesan COVID-19 Melalui Peluh Ketiak.

Dalam menghadapi wabak COVID-19 ini, pelbagai inisiatif dijalankan oleh penyelidik bagi menemukan kaedah paling efektif untuk mengesan virus ini.

Terdapat pelbagai kaedah mengesan kehadiran COVID-19 dalam badan yang sedang diuji bagi menggantikan ujian calitan hidung dan mulut yang dirasai ‘sedikit’ menyakitkan.

BACA: China Perkenal ‘Swab Test’ Di Dubur, Katanya Lebih Berkesan & Kurang Sakit Berbanding Hidung

Baru-baru ini, penyelidik Thailand sedang mengembangkan alat pengesan virus mudah alih berpandukan titisan peluh ketiak.

Menurut saintis Thailand, peluh ketiak yang membasahi baju peniaga di pasar ketika musim monsun ini mungkin mengandungi tanda-tanda jangkitan COVID-19, dan minggu ini sedang diuji dalam kalangan pekerja di pasar Bangkok.

“Berdasarkan sampel, kita mendapati mereka yang dijangkiti COVID-19 akan mengeluarkan kimia tertentu.

“Kita menggunakan penemuan itu untuk membangunkan peranti bagi mengesan bau badan, terutama yang dihasilkan dalam peluh mereka yang positif COVID-19,” jelas Dr. Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn.

Mereka juga mendakwa kaedah tersebut mempunyai ketepatan 95 peratus, berharap peranti itu akan diguna pakai sebagai alternatif kepada ujian calitan yang mahal dan memerlukan pemprosesan di makmal.

Thailand Ujian COVID-19 Melalui Ketiak

Bagaimanapun, buat masa ini peranti itu di peringkat pembangunan dan kajian me­ngenainya belum diterbitkan atau dinilai.

Saintis menggunakan peranti yang biasa digunakan untuk mengesan bahan toksik dalam persekitaran.

Subjek perlu meletakkan kapas calitan di bawah ketiak selama 15 minit sebelum kapal dimasukkan ke dalam tiub kaca dan disteril dengan sinaran ultra ungu.

“Juruteknik pula akan mendapatkan sejumlah sampel dengan tiub sedutan dan kemudian memampatkannya di dalam mesin analisis untuk memeriksa hasilnya,” jelas Chadin.

Pengambilan sampel memerlukan masa selama 15 minit, sementara hasil ujian boleh didapati dalam masa 30 saat.

Rata-rata pekerja di pasar menganggap ujian sebegini lebih disenangi berbanding dengan ujian melalui ketiak berbanding calitan menerusi lubang hidung.

Sumber: Awani