Aksi Penunggang Basikal Belakang Lori

Aksi ‘Berani Mati’ Penunggang Basikal Berkayuh Belakang Lori Buat Netizen Marah

Aksi ‘Berani Mati’ Penunggang Basikal Berkayuh Belakang Lori Buat Netizen Marah.

Sikap ‘berani mati’ segelintir penunggang basikal yang beriadah di kawasan jalan raya boleh mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan yang lain.

Berada di jalan raya bermakna kita seharusnya lebih berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dan waspada.

Tular rakaman sebuah video dua individu berbasikal sedang mengayuh di belakang lori mendapat perhatian orang ramai. Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut gerun dan bimbang melihat penunggang basikal yang mengikuti rapat belakang lori.

Ada juga yang mengatakan tujuan penunggang basikal berkayuh belakang lori bagi ‘menyimpan tenaga’.

Menurut sumber, tujuan penunggang basikal berbuat demikian adalah untuk mengurangkan daya tarikan aerodinamik.

Dengan mengurangkan daya tarikan itu, penunggang bukan sahaja dapat bergerak dengan lebih pantas malah dapat menjimatkan tenaga.

Dalam situasi ini, lori tersebut berfungsi untuk menghalang zarah udara daripada terkena pada penunggang basikal – meminimakan seretan aerodinamik.

Ia sekaligus mempengaruhi prestasi kayuhan basikal seseorang. Itulah penjelasan sains berkaitan dengannya namun ia semestinya perlu dilakukan di tempat dan cara yang betul.

Bagaimanapun, alasan tersebut mendapat perbalahan netizen yang mana ia dilihat tetap membahayakan nyawa jika tersilap langkah.

Aksi Penunggang Basikal Belakang Lori
Sumber: Twitter

“Yang menunggang motosikal pun tidak ikut belakang lori, inikan pula kamu yang berbasikal.”

“Kalau naik basikal lepas tu nak cangkuk angin ikut belakang lori, baik tak payah main.”

“Tak kisahlah sudah bagi tahu pemandu lori ke tak, malang tak berbau.”

“Jika minta izin pemandu lori pun, aku tak akan buat sebab nyawa lagi penting. Kita menunggang basikal untuk sihat badan.”

“Kalau jatuh memang melecet badan, dengan baju dan seluar nipis, apa yang mereka harapkan untuk melindungi diri, helmet pun kecil saiznya langsung tidak selamat digunakan di atas jalan raya yang ada kenderaan lain.”

BACA: Logik Di Sebalik Pakaian Ketat Penunggang Basikal

Sumber: Twitter