B38D3573-3988-4E2F-8C90-E49D3C77EBA2

Jika Pingat Dinilai Berdasarkan Insentif, Bekas Atlet Renang Ini Sudah Pun Bergelar Jutawan

Jika pingat dinilai berdasarkan insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), bekas atlet renang para negara, Wan Harun Wan Ahmad, 55 tahun atau nama gelarannya Duyung sudah pun boleh bergelar jutawan.

2EA63F12-528F-4FF6-87C8-2B9D3B416362
Sumber: Getty Image

Terkenal dengan kepantasan berenang, Wan Harun mula menceburi acara renang sejak dari sekolah rendah dan sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam acara renang, lebih kurang 50 pingat telah dikumpul.

06D63E98-984F-41AF-9B22-EEA134040FFD
Sumber: Harian Metro

Bermula daripada kejohanan negeri, kebangsaan sehinggalah ke taraf antarabangsa.

“Jika dihitung, saya sudah merangkul lebih 50 pingat pelbagai warna ketika mewakili Terengganu dan juga Malaysia, paling tinggi saya menyertai kejohanan peringkat Asia selain Sukan Para Asean dan kejohanan jemputan dunia di Jerman dan Denmark manakala untuk Sukan Paralimpik, saya hanya layak untuk sesi pemilihan dalam negara.

Untuk pengetahuan anda, beliau masih memegang rekod dalam kategori S4 (gaya bebas) dalam Sukan Paralimpiad Malaysia (kini dikenali sebagai Sukan Para Sukma) di Perlis pada tahun 2014 dengan catatan masa 54 saat.

BACA: Kenapa Pelekat Jadi Punca Penyertaan Atlet Renang Malaysia Ini Di Paralimpik 2020 Dibatalkan?

Mengalami kecacatan tangan dan kaki sejak lahir, beliau bersyukur walaupun anggota fizikalnya tidak sesempurna atlet normal, namun bakat ini adalah anugerah daripada Tuhan.

59BDA80B-A84B-4018-9881-A1BD6CE3D4E1
Sumber: Harian Metro

Sebelum negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, Wan Harun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bersama isterinya di Pasar Payang Kuala Terengganu.

Namun sejak pandemik melanda bersama dengan beberapa kawalan pergerakan, hasil jualan mula merosot sehingga beliau terpaksa menutup perniagaanya sejak Hari Raya lalu.

Malah perniagaan dalam seni ukiran kayu beliau juga hampir ditutup disebabkan tempahan yang diterima tidak lagi seperti dahulu; ada kalanya langsung tiada tempahan.

6C8675E7-5C33-47B0-9F9F-B03BD4DC1713
Sumber: Harian Metro

Kini hanya menghabiskan masa di rumah bersama dua anaknya di rumah, Wan Harun menceritakan perbelanjaan harian mereka bergantung sepenuhnya pada bantuan RM450 yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan dengan bantuan sama diterima isterinya yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Malah, ada kalanya air mata mengalir bila mengenangkan pengorbanan dulu bagaikan tidak dihargai pihak tertentu.

Bukan setakat untuk datang melihat kehidupan saya selepas bersara apa keperluan saya dan sebagainya lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP, tapi bertanya khabar pun tidak seolah-seolah tidak peduli langsung kehidupan saya.”

Berkata kepada Harian MetroHarian Metro, jika ada pihak yang sudi untuk membeli pingatnya, beliau sanggup menjualnya demi kehidupan keluarganya.

Sumber: Harian Metro