D1F25D9D-8CF2-4B6E-832A-75CB1356C886

AirAsia Tawar Tiket Sehala Ke Langkawi RM12, Ini SOP Percutian Yang Perlu Anda Tahu

AirAsia tawar tiket sehala ke Langkawi serendah RM12, ini SOP percutian yang perlu anda tahu.

Awal September lalu, diumumkan bermula 16 September ini, Pulau Langkawi akan dibenarkan untuk menerima pelancong di bawah program gelembung pelancongan.

BACA: Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu

Hampir semua produk pelancongan di sana akan dijangka dibuka kepada pelancong, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan itu, syarikat penerbangan AirAsia telah menjalinkan kerjasama menawarkan tiket sehala ke beberapa lokasi termasuklah Langkawi dengan harga serendah RM12 yang boleh mula ditempah untuk perjalanan antara 16 September 2021 hingga 26 Mac 2022.

Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu
Sumber: Malay Mail

Jika anda berminat untuk merebut peluang tawaran ini, ada beberapa SOP ke Langkawi yang perlu anda tahu, iaitu:

1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.

2. Jenis percutian yang dibenarkan:

  • secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama),
  • bermalam,
  • percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu,
  • dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

3. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut.

4. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.

5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.

6. Aktiviti yang dibenarkan termasuk:

  • penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan,
  • aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial,
  • aktiviti pelancongan minat khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
  • aktiviti eko geo-kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya),
  • premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/ kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain,
  • taman tema dan pusat hiburan keluarga,
  • dan lawatan bersifat akademi seperti Geopark Discovery Centre, Balai Seni dan Laman Padi.

7. Tiada had umur yang ditetapkan, namun individu di bawah 18 tahun perlu bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

8. Perlindungan insuran serta saringan COVID-19 tidak diwajibkan.

Sumber: MOTAC