Hilang Lebih 20KG, Penampilan Terbaharu Kim Jong-un Jadi Topik Perbualan 1

Hilang Lebih 20KG, Penampilan Terbaharu Kim Jong-un Jadi Topik Perbualan

Hilang lebih 20KG, berat badan Kim Jong-un jadi perhatian selepas tampil dalam acara ketenteraan Korea Utara.

Pemerintah negara yang sinonim dengan terma diktaktor, Kim Jong-un, 37 tahun sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil di satu majlis rasmi ketenteraan Korea Utara dengan keadaan saiz badan yang jauh lebih ‘kecil’ dari sebelum ini.

BACA: Rebel Wilson Kini Bukan Lagi ‘Fat Amy’ Selepas Berjaya Turunkan Berat Hampir 30KG

Diandaikan berjaya menurunkan berat badan lebih 20kg, Kim Jong-un turut mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya potongan rambut yang mengingatkan orang ramai pada datuknya, Kim Il Sung.

Hilang Lebih 20KG, Penampilan Terbaharu Kim Jong-un Jadi Topik Perbualan 3
Sumber: NDTV

Dalam acara berkenaan, tiada senjata baharu yang dipamerkan kepada umum namun perhatian lensa bertumpu kepada Kim Jong-un yang sentiasa tersenyum ketika perbarisan keselamatan bergerak melaluinya.

Berat badan Kim Jong-un sentiasa menjadi perhatian susulan sejarah keluarganya yang menghadapi penyakit jantung.

Hilang Lebih 20KG, Berat Badan Terbaharu Kim Jong-un Jadi Topik Perbualan 2
Sumber: Independent

Sebelum ini, Kim Jong-un pernah berdepan dengan kontroversi meninggal dunia selepas menjalani pembedahan kardiovaskular selain daripada berada dalam keadaan koma.

Pada ketika itu, ada sumber yang mengatakan beliau mendapat maklumat Jong-un koma daripada sumber di China menjelaskan pelan peralihan kuasa belum dibentuk menyebabkan adik perempuan Jong-un iaitu Kim Yo-jong dibawa ke depan untuk mentadbir.

BACA: Kim Jong-un Dilapor Koma, Korea Utara Kini Diperintah Yo-jong

Spekulasi ini adalah berdasarkan sudah lama Jong-un tidak tampil di khalayak umum seperti dulu.

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meningal
Sumber: Yahoo News Australia

Kali terakhir beliau membuat kemunculan umum adalah ketika mempengerusikan mesyuarat parti pada 11 April 2020 dan memotong reben sempena pembukaan kilang baja pada 2 Mei 2020.

Namun kesemuanya didakwa sebagai palsu oleh Chang Song Min, setiausaha hal ehwal politik Korea Utara.

Sebelum Jong-un dilantik sebagai pewaris kepimpinan, beliau berada ‘setaraf’ dengan adiknya; sama-sama menerima publisiti dan promosi semasa ayahnya, Kim Jong-il memimpin.

Seorang Dekan di Universiti Korea, Nam Seung Hyun menjangkakan kepimpinan Yo-jong hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih sebelum digulingkan oleh sstem kepimpinan kolektif seperti yang berlaku selepas kematian Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet dan kematian Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China pada satu ketika dahulu.