Israel Tahan Ahli Keluarga Enam Tahanan Palestin Penjara

Gagal Kesan Enam Tahanan Palestin Lolos Penjara, Israel Tangkap Ahli Keluarga Terdekat

Israel terus menunjukkan tindakan melampau mereka apabila tenteranya menahan enam ahli keluarga tahanan Palestin yang meloloskan diri dari penjara Gilboa, Isnin lalu selepas gagal mengesan keenam-enam mereka.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PSS), pasukan Israel melancarkan kempen penahanan dan serbuan berskala besar di daerah Jenin untuk mengesan enam tahanan Palestin yang meloloskan diri dari penjara Gilboa – yang didakwa mempunyai sistem keselamatan tinggi – melalui laluan terowong yang digali di bawah singki.

Susulan itu, tentera Israel telah menahan dua saudara lelaki kepada tahanan yang mengetuai misi melarikan diri tersebut, Mahmoud Ardah serta saudara yang lain.

Selain itu, dua saudara lelaki tahanan yang bernama Mohammad Ardah – yang digambarkan di media tempatan sebagai dalang tahanan yang lari, turut ditangkap serta bapa kepada seorang lagi tahanan juga diberkas.

Penahanan Nedal yang berkhidmat sebagai doktor perubatan mendorong bantahan daripada Unit Pengaduan Kementerian Kesihatan Palestin.

“Penjajahan Israel dengan sengaja menimbulkan keganasan kepada rakyat Palestin yang melanggar norma, undang-undang dan konvensyen antarabangsa,” kata Menteri Kesihatan, Mai Alkaila sambil menuntut semua organisasi campur tangan mendapatkan pembebasan Nedal.

Israel Tahan Ahli Keluarga Enam Tahanan Palestin Penjara

Bukan itu sahaja, penahanan tersebut menimbulkan kemarahan di Tebing Barat yang ditakluki Israel dengan banyak pihak menyelar tindakan bersifat mafia itu.

“Menahan seseorang ahli keluarga untuk memburu ahli keluarga yang lain adalah satu taktik gaya mafia,” kata Pengarah Israel dan Palestin bagi Pemerhati Hak Asasi Manusia, Omar Shakir.

Reaksi tentera Israel terhadap insiden tahanan Palestin yang lolos daripada penjara itu dianggap melampaui batasan kerana sanggup melakukan pelbagai tindakan ganas untuk membalas dendam terhadap tahanan dan ahli keluarga mereka.

Pada hari kejayaan enam tahanan itu, ramai penduduk di Sememanjung Gaza dan Jenin, bandar barat laut Tebing Barat turun ke jalan meraikan insiden bersejarah itu.

Penjara Gilboa dibuka pada tahun 2004 semasa kebangkitan penduduk Palestin atau intifadah menentang penjajahan Israel. Penjara tersebut dikawal ketat kerana menempatkan ratusan tahanan Palestin bersama tahanan lain.

BACA juga: “Kejutan Tahun Baru Yahudi”, Israel Lapor 7 Juta Data Rakyat Digodam ‘Hacker’ Sang Kancil

Sumber: Arab News