Lelaki Amuk Tumbuh Cermin Masjid Meninggal Dunia

Lelaki Amuk Tumbuk Cermin Masjid, Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa

Lelaki Amuk Tumbuk Cermin Masjid, Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa.

Satu kejadian ngeri berlaku pada Ahad (5 September) lalu yang mana seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Menurut keterangan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak yang dipetik Awani, siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki tersebut dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Mangsa telah bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah.

Menerusi semakan litar tertutup (CCTV), mangsa telah menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah yang amat banyak.

Lelaki Amuk Tumbuh Cermin Masjid Meninggal Dunia
Sumber: Kosmo

Tertekan tak dapat lawat keluarga

Berdasarkan siasatan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca.

Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kes ini telah diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.

Tahap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan semakin banyak kes kehilangan nyawa dilaporkan sejak kebelakangan ini, yang dikaitkan dengan tekanan akibat pandemik yang melanda.

Sumber: Awani