Farkhunda Malikzada Wanita Afghanistan Dibunuh Bakar Al-Quran

Kisah Farkhunda Malikzada, Wanita Afghanistan Yang Dibunuh Kejam Atas Tuduhan Bakar Al-Quran

Wanita Afghanistan Yang Dibunuh Kejam Atas Tuduhan Bakar Al-Quran.

Enam tahun lepas, seorang wanita warga Afghanistan dibunuh kejam oleh sekumpulan perusuh di depan sebuah balai polis atas dakwaan membakar Al-Quran.

Peristiwa ini menarik perhatian dunia apabila rakaman Farkhunda dipukul beramai-ramai sehingga maut dimuat naik ke media sosial.

Farkhunda Malikzada yang berusia 27 tahun ketika itu dalam perjalanan ke masjid, dia menemui potongan kertas lalu dibuang ke tempat pembakaran sampah.

Kejadian itu dilihat tok siak masjid, lalu menuduh Farkhunda membakar Al-Quran. Berlaku pertelingkahan antara Farkhunda dan tok siak sehingga tersebarnya penuduhan tersebut kepada orang sekeliling.

Dia dihakimi orang ramai kerana dianggap telah menghina Al-Quran, malah ada juga mengatakan dirinya bukan Islam dan tali barut Amerika.

Farkhunda Malikzada Wanita Afghanistan Dibunuh Bakar Al-Quran

Alasannya untuk mengatakan pertuduhan itu salah tidak diendahkan orang ramai malah terus dipukul berkali-kali. Malahan, polis di situ tidak bertindak menenangkan orang ramai.

Farkhunda diheret ke jalan lalu dipukul, dipijak dan dibaling kayu. Dia kemudian dilanggar kereta diheret kira-kira 200 meter sehingga tidak bernyawa lagi.

Mayatnya masih dipukul, dihentak dengan batu besar. Tubuhnya diseret ke pinggir sungai lalu dibakar. Mereka yang melihat kejadian itu hanya merakam tindakan kejam itu tanpa cuba bertindak.

Akibat kejadian ini, hampir semua institusi kemanusiaan dunia mengecam tindakan biadab mereka yang ‘memandai’ menegakkan keadilan tanpa soal-siasat, tetapi rakyat Afghanistan sendiri menegaskan bahawa itu adalah hukuman yang tepat bagi mereka yang membakar Al-Quran.

Tekanan daripada pihak hak asasi manusia sedunia, pemerintah Afghanistan membuka kertas siasatan terhadap Farkhunda.

Selepas siasatan dijalankan, tidak adapun Al-Quran yang dibakar tetapi merupakan potongan kertas yang bertulisan parsi.

Ya, Farkhunda telah dituduh tanpa bukti yang jelas. Polis mengatakan telah memeriksa berkali-kali semua dokumen dan bukti yang diberikan, namun tidak dapat menemui bukti yang menunjukkan Farkhunda membakar Al-Quran.

Farkhunda Malikzada Wanita Afghanistan Dibunuh Bakar Al-Quran
Sumber: Al-Jazeera

Polis kemudian menahan 26 pelaku pembunuhan kejam Farkhunda termasuk anggota keselamatan.

Bapa Farkhunda yang juga seorang guru agama mengatakan anaknya seorang pencinta Al-Quran. Masih sedang melengkapkan hafalan Al-Quran dan telah mendaftarkan diri ke universiti untuk mempelajari dalam bidang agama.

Tok siak yang membuat tuduhan palsu terhadap Fakhunda dijatuhi hukuman mati. Dilaporkan, potongan kertas yang dibakarnya adalah tangkal azimat yang dijual tok siak itu yang mana ia sememangnya bertentangan dengan Islam.

Siasatan juga mendapati, penuduh menyimpan dadah viagra; ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk dalam kalangan lelaki.

Peristiwa kematian Farkhunda diabadikan dalam bentuk monumen sebagai simbol kesaksian untuk berjuang tanpa henti melawan kejahilan, ketaksuban dan kebencian terhadap wanita.

Farkhunda Malikzada Wanita Afghanistan Dibunuh Bakar Al-Quran

Sumber: CNN, New York Times, Al-Jazeera