Didakwa Lakukan Serangan Seksual Sejak 2011, Laporan Penuh Tentang Jenayah Fatih Seferagic

Didakwa Lakukan Serangan Seksual Sejak 2011, Ini Laporan Tentang Tuduhan Jenayah Fatih Seferagic

Beberapa hari ini, nama Fatih Seferagic (suspek) menjadi trending di media sosial. Beliau yang baru berusia 26 tahun merupakan antara nama besar dalam dunia dakwah.

Seringkali menjadi inspirasi terutamanya dalam kalangan remaja, pemuda berusia 26 tahun ini bagaimanapun terpalit dengan beberapa kontroversi jenayah seksual yang sudah pun dilakukan sejak dari tahun 2011 lagi.

Didakwa Lakukan Serangan Seksual Sejak 2011, Laporan Penuh Tentang Jenayah Fatih Seferagic 2
Sumber: CDNS

Tahun lalu, badan organisasi tidak berasaskan keuntungan, Facing Abuse in Community Environments (FACE) telah melancarkan siasatan terhadap tuduhan berkenaan dan pada Julai 2020, pihak mereka telah menyelesaikan fasa pertama daripada empat proses penyiasatan awam dengan mendapatkan keterangan daripada sekitar 30 sumber.

Daripada jumlah berkenaan, sekurangnya 13 mangsa telah membuat tuduhan yang boleh dipercayai termasuklah serangan fizikal, rogol, penganiayaan kanak-kanak, penderaan rohani, manipulasi dan penderaan kewangan.

BACA: Kecoh Video Lucah Dan Gangguan Seksual Mirip Pendakwah, Polis Bakal Keluar Kenyataan

Turut menguar-uarkan pencarian mangsa Fatih Seferagic di laman Facebook mereka, FACE mengeluarkan laporan penuh mengenai jenayah yang dilakukan Fatih di laman web mereka.

Didakwa Lakukan Serangan Seksual Sejak 2011, Laporan Penuh Tentang Jenayah Fatih Seferagic 3
Sumber: FB FACE

Dalam laporan berkenaan, terdapat lapan jumlah dakwaan secara keseluruhan terhadap suspek yang mana empat dakwaan utamanya ialah:

  1. Suspek dengn sengaja memaksa tiga orang mangsa untuk mengambil bahan terlarang/bahan terkawal dan kemudiannya memperkosa mangsa tanpa persetujuan.
  2. Suspek memaksa tindakan seksual kepada tiga mangsa tambahan termasuk ‘penembusan’ vagina termasuklah meraba.
  3. Suspek melakukan perlakua fizikal yang tidak diingini kepada dua mangsa tambahan.
  4. Suspek memukul, menendang, menampar dan menolak tiga orang mangsa.

Empat dakwaan tambahan:

  1. Suspek mengambil sejumlah wang dengan alasan untuk mengajar Al-Quran tetapi tidak memberikan perkhidmatan. Suspek juga meminjam sejumlah besar wang dengan jelas menyatakan niatnya untuk mengembalikannya berkali-kali tetapi tidak melakukannya.
  2. Suspek melakukan cubaan untuk menenangkan mangsa serangan seksualnya dengan bacaan Al-Quran secara sendiri.
  3. Suspek secara konsisten membawa diri dengan cara yang melanggar kepercayaan dan kedudukan kepimpinannya semasa berucap, pengajaran di dalam kelas dan jelajah yang disertainya.
  4. Suspek menyebarkan penyakit kelamin (STD) kepada dua orang mangsa, salah seorangnya sudah didiagnosis dengan kanser servik.

Baca laporan penuh di sini: https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic

Untuk pengetahuan anda, FACE adalah organisasi wanita dan mangsa yang dibentuk untuk mengatasi jurang pertanggungjawaban terhadap tingkah laku pemimpin masyarakat termasuklah agamawan yang tidak beretika dan melakukan jenayah.

Tujuan penubuhannya adalah membongkarkan jenayah yang seringkali disembunyikan yang mana memungkinkan pemangsa memanipulasi sebilangan besar mangsa yang tidak berdaya.